Saturday, December 24, 2011

lessOn 138

Bismillahirrahmanirrahim..




Semoga pagi yang indah membawa lembaran yang indah juga menjadi pendinding hari ini,esok insyaAllah sehingga waktu saat diangkat pergi ke dunia yang lain. Begitu bertuah nya diri ini, dijadikan sebagai makhluk terhebat di bumi.

Siapa?

Sudah tentu aku, kamu, dia, awak dan mereka. MANUSIA. 7 abjad yang bercantum yang membentuk satu makna kata yang menjadi ketua segala makhluk di bumi.Alhamdulillah. Jika burung hanya mampu terbang membawa diri bebas di awan, manusia itu juga mampu mencipta sayap yang membawa terbang ke serata dunia bahkan membawa puluhan manusia bersama terbang dalam keadaan yang selesa dengan kebijaksanaa akal yang diberi. Subhanallah.


Diutuskan Muhammad, berupa MANUSIA, agar menjadi ikutan, agar menjadi idola semua umat manusia,agar sentiasa menjadi yang terbaik seperti baginda. Diciptakan ketua dari golongan yang sama seperti kita, iaitu manusia supaya kita menyedari hakikat kejadian manusia itu unggul.

Jauh sekali singgah dihati mengubah tiap yang diciptakan, mengkritik segala yang dianugerahkan terhadap diri ini. Segala yang terbentuk sudah pasti yang terbaik. Tiada cacat celanya.



Jika dia mancung, aku kemek, sudah pasti ada sebab kenapa dijadikan sedemikian. Dia mancung tetapi dia tidak sombong. Jika kita yang mancung, kebarangkalian sombong itu menjadi tangga teratas identiti diri. Sebab itulah Dia tahu yang sebaiknya untuk kita.

Bukan untuk mensia-siakan kita, bahkan memelihara kemaslahatan kita. Itu sesungguhnya pasti. Maka jangan lagi gundah kenapa manusia itu berbeza. Ya. kerana setiap ciptaan-Nya itu unik lagi berbeza daripada yang lain. Subhanallah :))

Sentiasa mensyukuri walau dimana kedudukan kita. Wallahua'lam..



9 comments:

Unknown said...

Jgn smbg2 kn oph channnn

Unknown said...

perbezaan yg jika ditangkupkan akan menjadi sempurna

Anonymous said...

jom promote banner blog anda di blog saya secara PERCUMA di blog saya selama SEMINGGU !

http://tirana91.blogspot.com/2011/12/promote-banner-blog-anda-secara-percuma.html

Anonymous said...

Ciptaab-Nya adalah yg tersempurna sekali.jgn pernag persoalkan kejadian diri.

Pi la jalan jat tawau.kalau aku balik kg dpt la kita jumpa

Aretikz said...

Manusia sebaik ciptaan, jika dia bertakwa..

Manusia hanya menjadi buruk, jika dia menngikuti syaitan yang tercela..

Yang penting sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.. biarpun kita tidak semaksum nabi.. asal ada usaha, bersungguh-sungguh, bukan sekadar perlu.. ^^

Oh Lady said...

Tetap bersyukur...:-)

Anyyss Shuhaimi said...

Setiap apa yang dijadikan dan diciptakan,semua ada hikmahNya. :)

Unknown said...

nice entry :)

kita sbg manusia hnya perlu bersyukur dengan pemberiannya

miss Fyqa said...

setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya..