Friday, December 9, 2011

misteri manusia itu

Bismillahirrahmanirrahim.. 



Suka analisis orang? 

Suka tak mase makan kat kedai, sambil mata dok perati alam sekeliling, actually, bukan perati alam, perati isi alam,hehe, suka tak? 

Suka buat conclusion sendiri dalam hati? 

Mimi tak tahulah sejauh mana orang lain punya hati kan. Sebab tak lutsinar, so, tak boleh la nak cakap ape2 kan. hehe. Tapi yang pasti pernah tak terfikir, 

bila tengok orang gila tepi jalan, dalam keadaan selebet, kenapa dia jadi gila? 

bila baca berita ke, atau lihat kejadian mencuri, merompak depan mata, kenapa mereka jadi pencuri, perompak? 

bila tengok orang-orang tua bekerja, walau anak mereka sudah mampu menyara mereka, kenapa mereka memilih untuk masih bekerja? 

bila tengok budak-budak, bila ditanya, telus je jawapannya, jarang sangat nak menipu, kenapa budak-budak itu zahirnya waktu kecil begitu, tapi tidak masa dewasanya? 

bila masuk wad "bahagia", kenapa terlalu banyak ragam manusia pelik dalam tu? 


kalau nak ditulis, rasanya beribu beriban persoalan yang boleh kita fikirkan, cukup dalam masa 5 minit, kita sendiri boleh dapat bermacam2 ilmu, bermacam-macam pengalaman daripada kehidupan orang lain. 


Apa yang terjadi kepada kehidupan manusia itu sendiri, adalah kerana dirinya sendiri. Bukan sebab tuhan, bukan sebab orang lain, bukan sebab makhluk lain. 

Masa siram pokok bunga kat rumah opah semalam,nampak ada seorang pakcik ni bawa beg plastik yang berisi sarat dengan barang. Terintai-intai la tengok, apa dia banyak sangat tu. Rasa nya macam tin kosong. Penuh 1 beg plastik besau. 

Bile tengok keadaan pakcik tu, mimi terasa pakcik ni tak normal kot, (ish2, suke ati jekkan..huuu...). Tapi nak buat macam mana, sebab sambil dia jalan, sambil die bercerita, dengan tangan nye yang ligat macam bercerita jugak, sambil tangan yang sebelah lagi, jinjit beg plastik berisi tin kosong. 


Bila dia berjalan, sampai tepat depan pagor rumah opah ni, dia berhenti kejap. Lepas tu, toleh ke jalan. Senyap. Tak lama, dia teruskan perjalanan. Mimi dok perati jek dari jauh.hehe. Macam pelik tapi entahlah. 


Mimi tanye lah opah, memang ada orang tak betul ke bawa beg plastik isi tin kosong ni. Opah kata, yelah, memang orang tak betol tu. Sebab apa jadi macam tu? sebab kesan daripada dadah. 


Nak salah kan siapa? Memang segala natijah yang buruk itu, datangnya daripada hasil pancaindera yang dipinjamkan untuk manusia itu sendiri. Dan mimi percaya, setiap manusia yang "tak normal" ni, memang ada "cerita misteri" mereka tersendiri. 

Mereka bukan dilahirkan sebagai manusia "tidak normal". Tetapi memilih jalan untuk menjadi "tidak normal", melalui kehendak sendiri, atau keadaan yang memaksa mereka memilih jalan sebegitu. 

Maka, walau macam mana pun,kita selaku manusia yang dilahirkan "normal" ini, apabila dikecam dengan musibah, diduga dengan berat teramat sekalipun, sandarkan semuanya kepada Dia. 

Apabila kita ingat, semuanya daripada Dia, kita akan jadi redha. Untuk menjadi redha mungkin hanya mudah di bibir, tetapi tak semudah diiyakan di hati. Jiwa dan hati yang benar2 redha dengan segala ketentuan Ilahi, pasti tidak akan pernah berdalih dengan keyakinan yang 100% untuk pencipta mereka. 

Bila hati dan jiwa redha, manusia ini akan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian, sentiasa bersabar, sentiasa mengharapkan petunjuk dan solution terbaik daripada Tuhan. 

Percaya atau tidak, tanya sama hati, redha atau tidak hati ini, dengan segala jalan cerita kehidupan dari Ilahi ini untuk sekian makhluknya.. 

wallahua'lam.. 



dingarotkan, 

12.13am, 281111, isnin. 



5 comments:

bobiedanbad said...

betul lily, jgn salahkan org lain dengan apa yg terjadi....

maszull said...

assalamualaikum mimi...itu salah die sendiri kan kerana memilih menjadi penagih dadah...:)

Unknown said...

erm tak jmpe punca

sbb bnde ni kdg bkn dr keinginn sndri

kdg slah masyarkat

entah la

mas saari said...

mungkin ada silapnya itu terjadi...jadi kena redha dengan ketentuanNya!

Muhammad Naim Abdullah said...

Ia bermula daripada kita