Tuesday, December 13, 2011

saLju Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..






"ibu, kenapa salji warna putih?" suara comel itu kedengaran ditelinganya.

"Sebab, emmmm, sebab salju warna putih la," sambil mencuit dagu si pemilik suara comel itu tadi.

Empunya suara comel itu seakan tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya. Dia bingkas bangun dan berlari ke luar, untuk mencari salji yang mulai lebat dari langit itu.

Pandangannya terus, tiada kedipan terulang dibalik matanya, melihat salji mulai membasahi ubunnya. Disapu-sapu salji itu, lalu dikumpulkan sehingga sekepal salji berada di genggamannya. Dengan pantasnya, si comel itu berlari mendapatkan ibunya yang sedang menghidangkan minum petang di wakaf kayu India yang tersergam indah di dalam rumahnya itu.

" Ibuuuu, kenapa salji ni putih, kenapa tak warna biru ke, merah ke, warna pelangi ke," si comel itu ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan ibunya tadi sambil menunjukkan kepalan salji yang berbentuk seakan bola ping pong di tangan kanannya. Masih mahu mencari jawapan yang paling tepat daripada ibunya.

Si ibu senyum sambil memimpin tangan kirinya, lalu mengajaknya, duduk bersama di wakaf itu. Diusap-usap kepala puteri kesayangannya lembut.

"Kan ibu cakap tadi, sebab dia warna putih la sayangku yang comel ni. Warna putih, memang serasi dengan salji. Cube kita imagine, warna salji pelangi, kamu nampak kat luar rumah kita tu, cantik ke tidak?" Si ibu meminta si comelnya cube berfikir luar dari kotak.

Si comel itu menguis-nguis salji yang masih berbaki, yang belum cair di tangan kanannya.

" Kite rase kan ibu, kalau warna pelangi kan, mesti lagi besss. Sebab, macam aiskrim pelangi," begitu yakin dia menjawab sambil ketawa kecil dihujung suaranya.

"ohhh, nak makan aiskrim masa sejuk la yang cakap macam ni ye. Nakal anak ibu ye," menarik hidung anak nya lembut. Si comel itu masih lagi ketawa di sisi ibunya.

" Tuhan, jadikan salji itu putih, supaya membuat kita gembira, sejukk je" Si ibu sedikit sebanyak cuba mencari perhatian puteri comelnya. Dia mengharap, puterinya dibekalkan dengan segunung ilmu agama yang menebal didada, ilmu-ilmu alam yang melangit di akalnya, seakan, tidak mahu anaknya mengulangi sejarah silamnya dahulu.

Sekiranya dahulu, dia mendengar kata hati ibunya, pasti dia tidak akan berasa asing sebegini. Pasti dia merasa jutaan untaian kasih sayang tiada sempadan daripada keluarga, sahabat, sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Tetapi kini, hanya mampu menggarab segala harapan itu menjadi kumpulan salji yang memutih, yang tiada lagi warna. Hanya warna putih itu menjadi peneman hidupnya. Hanya kerana puteri hatinya itu, dia masih bertabah menjadi manusia, menjadi peneman suka dan duka puteri hatinya, si comel itu, yang dinamakan Puteri Aainaa.

"Ibuuuu, kenapa ni?" Aainaa, mengejutkan lamunan ibunya tadi. Si ibu mulai tersedar dari mimpi yang benar yang dilaluinya suatu ketika dahulu.

" Ehh, ibu tengah pikir jawapan untuk aainaa la. Kenapa salji putih ye? Sebab, salji itu hadiah dari Tuhan untuk kita!" gembira sekali si ibu itu menutup segala kesedihan yang bersarang di hati, yang tidak akan sekali terpadam.

Aainaa, apabila disebut terus tentang Tuhan segera menadah kedua telapak tangannya, sambil berdoa, " Ya Allah, ya Tuhanku, sayangilah ibuku, terima kasih Ya Allah,"

Sesiapa yang mendengarkan doanya, pasti akan terhenti seketika, lalu tersenyum, sambil mengusap kepala Aainaa itu. Kagum mereka melihat kepetahan si comel ini bersuara sehingga mampu menggambarkan, betapa sayangnya dia dengan ibunya, walau usianya masih kecil.

Sekali lagi, doa itu dilafazkan. Si ibu tersenyum, lalu memeluk Aainaa dengan eratnya, sambil mengucup kemas ubun anaknya itu.

" Aainaa, jadilah engkau anak yang baik sayangku," suara hati si Ibu terus berbicara tanpa perlu dipaksa.



xxxxxxxxxxxxxxxx



"Aifaa..oohhh Aifaa..", jerit suara si tua dari luar rumah. Lihat tiada yang menyahut panggilannya itu. Hatinya makin panas.

" Aifaaaaa, aku panggil kenapa tak jawab ni, ke mana saje budak ni, pekak ke tuli? " Marah si tua itu tadi dengan lebih membara. Selalu beginilah. Aifa jarang sekali menyahut bila dipanggil . Bila ditegur marah. Tidak ditegur naik lemak sapi segala. Mahu dikatakan anak bongsu jauh sekali. Anak sulung, tidak jugak. Anak tengah jarang begini.

Diamnya Aifa merunsingkan ibu dan ayahnya. Bukan kerana apa, kerana diamnya selalu mengundang api jelaga diwajah ibu dan ayahnya. Segala keperluan dicukupkan. Tidak pernah ibu dan ayah mengeluh mencari harta untuk anak-anak, jauh sekali membezakan kasih antara anak mereka.

Tetapi Aifa inilah yang selalu janggal antara yang lain...

Sehinggakan Aifa ini membaitkan kata ini..

“Epaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!”

Tangisan sayu menderu sehingga sekian lamanya..

Xxxxxxxxxxxxx

Aainaa,

Dulu selalu kamu tanya ibu kan, kenapa Salji itu putih? Mungkin waktu itu, kamu hanya tahu warna, kecomelan, keindahan salji itu. Mungkin kerana gebu salji itu membuatkan kamu mahu membuak2 ingin tahu, kenapa salji itu putih.

Sekarang ibu bagi jelaskan ya..

Maafkan ibu, terlalu lama menyimpan jawapan ini dari mu, sayang ku, Aainaa.

Bagi itu, salji itu putih,

Pertamanya, Tuhan kamu itu selalu menciptakan kedamaian, antara kamu dengan yang lain. Mungkin kamu sahaja tercari-cari dimana kedamaian itu, sedangkan hadirnya selalu disisi kamu. Tiap kali singgah di pipi kamu, tiap kali itu juga hati kamu terasa damai. Maka kamu suarakan isi hati kamu, kepada ibu mu, betapa kamu menyukai salji itu. Kamu telah membuat ibumu gembira dengan telatah mu, seluruh isi rumah tidak pernah kosong dengan gelak tawa kamu, sayang ku, Aainaa.

Sehingga dewasa sekalipun, kamu masih mencintai keputihan salji itu. Tiap kali itulah, kamu tidak akan berhenti bertanya kenapa warna putih bukan warna lain. Dan sekian kalinya, ibu memberikan jawapan yang sama sehingga hari ini, kamu tahu akan jawapannya.

Ibu mahu, kamu mengenal Dia dengan keindahan dan kedamaian yang Dia ciptakan untuk kamu, sejak kamu lahir, kamu kecil sehingga kamu dewasa kini dan sehinnga ke akhir hayat kamu. Tanpa cinta Dia, kamu pasti tidak berpeluang merasa indahnya salji putih itu.

Keduanya, dengan salji putih itu, ingatan mu kepada orang tua mu tidak akan pernah putus. Sekalipun, tiada ibu di dunia ini, ibu tahu, kamu mesti mengingati ku, dan mendoakan kesejahteraan kedua orang tua mu.

Andai kamu tidak lupa akan tanggungjawab ini, nescaya, anak-anak mu, iaitu cucu-cucuku pasti akan memelihara kamu dengan lebih harmoni lagi sayangku. Di mana, hanya balasan yang baik, akan datang dari amal yang baik.

Segala yang ibu doakan, ajarkan buat diri mu, semata-mata tidak mahu, kamu mengulangi kisah ibu mu yang durhaka ini. Tiada yang lebih menyeksakan azabnya melainkan durhaka kepada orang tuanya. Tapi yang pasti, ibu tahu, Aainaa anak yang terbaik dalam hidup ibu.

Mungkin ini jawapan yang berbeda sekali, jauh maknanya dari Salju itu. Namun, ibu ikhlas men yatakannya semenjak kamu tidak mengenal apa2 lagi. Kini, usia kamu sudah meningkat alam dewasa. Ibu pasti inilah masa yang sesuai buat kamu untuk kamu mengetahui, kenapa salju itu putih.

Salju itu akan terus putih sayang.Ibu sayang Aainaa, sedamai salju yang menghiasi sepanjang hidupmu, puteri hati ku

Ibumu, Aifa Nadira..




p/s: kadang2, apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita, tidak mustahil akan diulangi kembali oleh anak kita suatru hari nanti. Maka, berbaik2 la dengan ibu bapa, agar anak kita juga berbaik2 dengan kita. :)

11 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt stuju..

buatla yg terbaik utk keluarga kt..

kerana mana tau waris kt juga sedemikian..

Unknown said...

ayat merah tu tersentuh di jiwa
hurm

kura said...

pengajarannya yg tersgt la sy setuju! haa.

KaK LimAh Si SupiR said...

setuju sangattt ^_^

anamizu said...

yg p/s tu agreed! :)







luv,
cik ana

maszull said...

assalamualaikum mimi...betul tu mmg sweet sesgt cite ni...:)

msredcheesecake said...

Mak msred pun selalu cakap macam tu... Kebanyakan kita ni masa budak selalu go against our parents... Syukur bila dah besar, boleh fikir kita berkesempatan ubah perangai kita terhadap parents kita.... Lebih hargai mereka...

msredcheesecake said...

Msred add fb Aimie....

mas saari said...

betul tu...nanti bila ibu bapa kita dah takde baru nak menyesal!

Bulan Syurga Firdausi said...

fmly 1st kn :)

Anonymous said...

setujukkkkkk!!

:D