Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera hendaknya kepada semua pembaca Kerana lily.
Di sini, saya Aimie Amalina binti Azman, selaku penulis tunggal Kerana Lily, ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung Kerana Lily, yang tidak putus-putus memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung kepada penulis.
Buat pengetahuan kalian, ini kali pertama penulis merakamkan perasaannya secara maya untuk tatapan pengunjung diari mayanya, kerana pertama kali inilah, boleh dikatakan 99.99% hidupnya banyak terisi dengan sisipan maya ini.
Dengan diari maya inilah, begitu banyak pengetahuan yang digarab tiada hentinya. Dengan diari maya inilah, persahabatan yang datang tidak pernah putus walau secara realitinya tidak pernah bertemu. Inilah keindahan diari maya ini.
Orang di luar selalu bertanya, "bes sangat ke berbelog ni?". Saya sendiri pernah menanyakan keperihalan yang sama kepada jiran tetangga saya semasa di universiti dahulu. Kini, hanya mampu tersenyum apabila orang lain pula menanyakan soalan yang sama kepada saya.
Apa jawapannya?
Hanya yang mengalami akan merasai keindahannya. Betul kah kawan-kawan sekalian? Kalau salah, sila betulkan saya.
Di kesempatan ini juga, saya menyusun 10 jari dari kurniaan Ilahi, memohon maaf berjuta kalinya andai kata-kata yang tercoret di diari ini melukakan mana-mana hati yang membacanya. Saya tahu ada. Ada yang pernah terluka tika membacanya.
Buat kamu yang mambacanya, saya mohon maaf. Kealpaan yang kadang-kadang mendahului diri tanpa memikirkan orang lain ini lah yang mengguris banyak hati, menyingkirkan rasa kasih dan sayang sedikit demi sedikit tanpa disedari. Maka sebelum terlambat, saya mahu menghalang perbuatang penyingkiran itu daripada terus berlaku. Maafkan saya kamu!
Semoga lembaran baru dibuka dengan penuh keinsafan yang tersemat dijiwa. Muhasabah. Inilah yang didambakan jiwa ketika ini. Saya sentiasa perlu kamu, kamu dan kamu untuk menceriakan Kerana Lily saya ini.
Diari ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk hati yang membacanya. Sayang semua.
Penulis tunggal Kerana Lily,
AimieAmalinaAzman.
p.s: ehem! surat cinta untuk semua ni, harap sudi bace ye, sayang semua! :))
7 comments:
Alhamdulillah..
sudi aje baca..
selamat berukhuwah selamanya aimie..
biarpun di alam maya saja.. [^^,]
hanya blogger memahami blogger..
slmt thn baru mimito ;)
akak...
selamat tahun baru .
maafkan segala silap dan salah qlah ye :)
awak.. selamat tahun baru.. sama lah kita, maaf andai tersalah silap.. =)
akk..thanks for being a part of my frean even dlm dunie maya ni..
rase rapat sangat..syg akk ..
selamat tahun baru..semoga diberkati
selamat tahun baru... best blog nie.. sbb die bukan FB.. dia satu laman yang boleh kita tulis.. n boley menjadi rajin membaca... sometime baca blog boleh tmbh input..hehe
Mula2 tu aku ingat org bg ko surat cinta rupa2nya surat cinta utk kami smua hehehe
Ramai org pnah tanya aku, best ke blogging. Aku kt best, tp org kerut dahi haha
Mcm ko ckp, cuma yg dah mgalami je tau =)
Post a Comment