Monday, August 15, 2011

inikah nasiB mu haTi

Bismillahirrahmanirrahim..




Heart by ~ volucer-temporis




encik hati, kenapa kamu senyap sahaja hari ini?
jangan tanya pada saya, tanya pada tubuh ini
bukankah encik hati yang memerintah kat tubuh ini?
ya, tetapi pilihan semua atas dia, jangan ganggu aku lagi
encik hati, bertanya lagi, kenapa encik hati ada 2 warna
kenapa mesti di tanya, sudah pasti bentukku ada dua,
gembira dan duka
begitu ya, encik hati tidak bosan kah?
bosan itu sudah dimeterai bersama janji ku menjaga tubuh ini
encik hati, ikut kata encik hati mati bukan?
maka bertindaklah dengan sahabat seperjuangan ku, si akal.
encik hati bermurah hati, tidak mendabik dada dalam hal ini
aku ciptaan Nya untuk tubuh ini,
 selagi Dia pilih memimpin tubuh ini bersama sahabat ku si akal
aku tegar menjadi pengawal di sisi tubuh ini.
tetapi tubuh ini selalu mendabik dada terhadap ku
di toreh isi ku
di marah nya aku
kenapa?
aku hanya ciptaan Nya, menemani tubuh ini.
Biarlah dia encik hati, encik hati boleh berdoa untuk dia bukan?
sekalipun aku boleh berdoa, seperti ku katakan tadi
terserah pada tubuh ini
mahu memilih memelihara dirinya atau memusnahkan diri nya
yakni, memusnahkan aku!
Encik hati, mari kita solat,supaya dia sayang kamu!
iya, ayuhlah, moga dia sedar,
aku lemah, aku perlu dibajai oleh tubuh ini dengan kasih sayang-Nya
bukan dengan kemewahan dunia..




10 comments:

Luqeem™ said...

lari sebentar dari kehidupan dunia yang melalaikan.

moga mendapat kebaikan..:)

K said...

opah buat sendiri ke?? wah wah~

maszull said...

salam aimie...alhamdullilah semoga hati dan tubuh mu sentiasa dilindungi oleh NYA....Amin...:)

Niena Muhammad said...

hati adalah teman terbaik kita :)

syarifahsidrus said...

kreatif !

hati yang mengawal bersama akal..

Puteri said...

hati yang rosak sama seperti hati ayam yang dah terkena hempedu..pahit walaupun dibuat "hati masak kicap"

[sutera kasih] said...

kenapa harus encik hati? kenapa tak cik hati ke puan hati ke tuan hati ke :P

[sutera kasih] said...

kenapa harus encik hati? kenapa tak cik hati ke puan hati ke tuan hati ke :P

Unknown said...

opah izinkan kak ngah jd kawan kpd encik hati tu


suke karya opah

aamalinaazman said...

@ Luqeem™:
^________________^




@ sergeant keroro:
yele..
buat utk adik boboi



@ syarifahsidrus:
heeee =))



@ Puteri :
hati masak kicap?
wee..nice!



@ [sutera kasih] :
ntah..sebab comei kot kaka!
hahahaha



@ Iffah Afeefah :
wee..
sile la kak ngah cyg =))