Sunday, August 21, 2011

lessOn 57 = 21 RamadHan

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,
hari ini bangon pagi dengan jiwa yang tenang
hilang sudah chaos yang berterabur dalam kepala hotak semalam
kredit to orangs yang melayan saya
weeeee!
cayang kome!


hokeh, sebelom melalut dengan lebih lanjut,moh le kite sesame melihat peringatan ini yep2 :




Jelas ke idok dengan hadis tu? Hurrrmmm, meh le cik mimi terang sikit-sikit mana yang termampu, mana yang cek mimi paham dari hadis ni yep.

Setiap pergi itu sudah pasti di Loh Mahfuz, sudah tertulis siap-siap oleh Maha Pencipta sekian makhluk di dunia ini. Mana yang pergi itu, sudah pasti memberikan kesan dalam hidup si hidup serba sedikit. Tapi barang diingat, pemergian itu jangan la diratapi semahu-mahunya, kerana seakan menyalahi takdir Ilahi, tidak meredhakan segala takdir yang telah tertulis itu. Pemergian itu sebenarnya memberi penghormatan kepada si mati, agar "berehat" daripada kesusahan dunia seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kesusahan dunia di sini membawa maksud, kelalaian terhadap perkara yang membuatkan jauh daripada Tuhan, leka dengan kemasyuuuukan kemewahan dunia, mengejar pangkat dan harta semata-mata. Itulah kesusahan dunia. Dunia,Indah hanya sementara sahaja.

Pemergian si mati itu juga, memberikan "istirehat" kepada yang masih hidup ini. Kerana apa? Kerana yang hidup akan insaf, dunia ini hanya sementara, hargai masa yang ada. Si hidup akan insaf, mati akan menjemput anytime, anywhere, anyday, sume any lah. SI hidup juga akan "rehat" daripada melakukan dosa-dosa andai si mati , dahulunya rakan kongsi untuk membuat perkara jahat ini, dan macam-macam lagi lah.

Shot stori : Kematian itu pasti hadir. Tidak lewat sedetik. Tidak cepat sedetik. Yang telah pergi, doakan kesejahteraannya, kemaslahatannya di dunia "sana". Yang hidup, ambil iktibar, ambil teladan, teruskan sisa perjuangan yang masih berbaki ini.!



2 comments:

SoLy SoLicious said...

mati itu pasti...

semoga menjadi pedoman bersama :)

aamalinaazman said...

@ SoLy SoLicious:
ingatan sume kan =]