Tuesday, September 27, 2011

cuma hati yang membeda-bedakan..

Bismillahirrahmanirrahim.




Shimmer by ~ EliseEnchanted



Cube lihat epal itu dari anak mata kejauhan di hujung kelopak mata yang menakung bebola, retina dan sekalian keluarganya...

adakah epal itu hidup? atau hanya epal palsu yang dikristalkan menjadi tatapan, halwa mata yang memandang nya..

Sekali lihat bersinar-sinar dari luar..Merah yang mewarnai kulitnya mampu membuatkan orang terlopong, orang membuntangkan bebola mata..

Tapi malangnya, epal itu hanya dirantai.. dirantai oleh pemilik yang tidak diketahui siapakah gerangannya..

mata yang memandang mampu menafsir seribu macam perkara, keperihalan akan keindahan kemerahannya itu..

Walaubagaimanapun, hanya diri epal sendiri yang menelan pahit, manis,hitam, putih, disebalik kemerahan yang menghiasi dirinya...

Cukup masa nanti, barangkali keindahan disebalik kristal epal merah ini akan berderai dan tamatlah riwayat keindahannya..

Jika nilai keindahnya hanya di tafsir daripada luaran.. lunyailah kisah epal kristal merah ditelan bumi..

Jika keindahannya terpahat menusuk hingga ke ruang dalam epal itu.. walau berderai sekalipun..indahnya tiada yang mampu menggantikannya..

walau luaran nya manusia ini nampak yang baik-baik sahaja, nampak kehidupan seorang insan itu sungguh lancar, tiada cacat celanya.. namun.. hanya diri dia.. hanya Tuhan yang mengetahui susur galur perjalanan dalam meniti lorong kehidupan ini...

Manusia itu diciptakan oleh-Nya, semuannya adil. MUngkin kali ini kita jatuh sehingga memerlukan berpuluh bahu untuk bangkit kembali.. sedangkan kawan kita sudah jauh meninggalkan kita.. maju dan terus maju kehadapan.. 

Namun, hari esok.. esok dan esok..hidupnya sahabat yang telah maju itu, samalah seperti kita, di pegang oleh-Nya..tiada yang berbeda..Cuma mata hati kita sahaja yang membeza-bezakannya..

Carilah yang hilang itu.. kerana yang hilang itu selalu disisi..tidak pernah sekelumit pun jauh dari kita...

13 comments:

NA said...

Wah mendalam makna. Nak kena baca lagi untuk faham :)

P.S: Terima kasih cadangkan tajuk buku.

-wina1979-

Unknown said...

Erm tula

hnye kite membezakannye

Zul fattah said...

erm.. entry yg mengajak kita semua utk berfikir sejenak..
aku mencari hidayah Allah.. smoga Aku kekal dlam Islam.. dan matikan aku Dlam Islam..

Unknown said...

kena baca 2-3 kali ni baru boleh tangkap :)

Nasz said...

kita lebih suka memandang dengan menggunakan mata, tapi terlupa untuk memandang menggunakan mata hati.

MOHD NASER.com

kotak bulat said...

berfikir..berfikir di sebalik apa yang disampaikan...untuk dapat isi tersirat yang disampaikan.. :)

Firdaus Life said...

wah baru 1 gambar dah dapat hurai panjang ni. kalau banyak gambar ? ngeee nice entri :)

SoLy SoLicious said...

sy sgt suka bahasa ni.. sgt indah :)

sygnye epal, cntik tp byk haluan cobaan ditempuhi..

Ezad Skytech said...

mendalam maksud entri ni.. :D

walaupun kita nampak orang tu macam takde masalah je..tapi tu cuma luaran je..dalam kita tak tahu kan..cuma Allah je yang tahu..:)

Unknown said...

hebat bhse dye....

msredcheesecake said...

Sudah indah diluar biarlah di dalam lebih indah lagi...

Unknown said...

berat ni

Jue said...

kdg2 luaran itu lebih dititikberatkan berbanding dalaman..tp siapa lah kita utk judge pe yg org fikir. kita sndri kekdg alpa =)