Friday, September 30, 2011

aku dan muTiaRa

Bismillahirrahmanirrahim..




Di suatu saat aku merenung sudut yang kosong itu.. Aku tidak tahu mengapa aku terus merenung ke arah itu.. Sedangkan punya pemandangan enak lagi dari yang ini..

Akan tetapi aku masih memandang hujung sudut yang kosong itu..kenapa? ya.. kerana fikiran ku kosong barangkali..

kosong? kenapa kosong? kenapa tidak dibajai dengan ilmu duniawi dan ukhrawi? kenapa membiarkan dia membawa diri mu telus dalam dunia kosong mu itu?

kerana aku rasa aku kecil, aku tidak seperti dia, dia dan dia yang lain, yang sudah lama memanjangkan langkah menggali dunia yang lain.. dunia yang jauh dari dunia kosong aku ini..

Tetapi..

ada suara sang mutiara berkata, "kenapa mesti kau berasa kecil dengan diri kau.. bukankah diri kau juga sama seperti mereka.. kenapa kau membiarkan jiwa kau telus dalam dunia mu yang "NULL" itu.. serahkan jiwa mu.. semaikan jiwa mu itu dengan baja-baja nurani yang engkau gali selama ini..."

tapi kekadang aku jatuh.. aku terjelepuk ke sudut itu.. sambil jari menunding ke arah sudut kosong itu..

sang mutiara bersuara lagi.." sesungguhnye turun naik hidup itu tandanya Tuhan sedang memberikan tali yang amat panjang buat kamu.. tidakkah engkau berbangga beroleh tali dari tuhan mu? "

iya.. sungguh aku sujud ke hadrat-Nya..aku tahu tali itu membawa aku bangkit dan terus bertatih kembali mencari jalan yang dulu..jalan yang tidak kosong itu...tetapi hakikatnya aku tetap degil..aku tetap merasakan tiada yang sudi menerimaku kembali ke jalan yang tidak kosong itu..

sang mutiara kini bersuara garau... 
" "Dia-lah (Allah) yang memberi rupa kamu dengan sebaik-baik rupa."(At-Taghaabun: 3) , maka sudah Tuhan itu bersuara kita sebaik rupa, kenapa lagi mahu kita kecilkan diri kita ini.. Rupa yang diberi oleh-Nya ini. hakikatnya indah dalam dan luar.. Ada benih salju yang sedang tumbuh dihatimu.. Cuma MAHU atau TIDAk sahaja menanti kamu.."


iya..aku sebaik-baik makhlukk..hurmmm...


sang mutiara kini terduduk...
" "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka (orang-orang yang berilmu) bergembira (berbangga), kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa (kesenangan duniawi) yang dikumpulkan (oleh manusia)"( Yunus:58). ~ bergembiralah wahai manusia.. jangan pernah sesal dengan diri.. mungkin kau perlu berehat kali.. berehat mencari diri mu kembali..tapi jangan sekali untuk berhenti.. teruskan berjalan.."




mungkin..mungkin aku harus kembali mencari warna pelangi yang menyinari hidup ku dahulu... mutiara.. terima kasih ya.. boleh aku buat satu permintaan..


sang mutiara tersenyum.. " apakah permintaan mu.."


genggam tangan aku ya! genggam tangan aku dikala aku makin hanyut.. makin jauh..genggam ya...


sang mutiara tersenyum sambil melantunkan tubuhnya.." hadirnya aku selalu disisi mu.. hadirnya aku akan menemani mu, wahai manusia.. selagi termampu, aku akan terus genggam seerat yang mungkin.."


terima kasih mutiara..


mutiara tersenyum berlalu pergi...


aku kini tidak lagi memandang ruang kosong itu.. anak mata ku kembali mencari kehijauan danau rimbun anugerah-Nya..Subhanallah.. alhamdulillah atas segalanya tuhanku....



p/s: aku tahu, kau akan membaca ini! =.<



11 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

suka la kata2 mutiara neh...

sang mutiara tersenyum sambil melantunkan tubuhnya.." hadirnya aku selalu disisi mu.. hadirnya aku akan menemani mu, wahai manusia.. selagi termampu, aku akan terus genggam seerat yang mungkin.."

KaK LimAh Si SupiR said...

insya allah..we'll find our way ^_^

Nasz said...

wah..begitu mendalam sekali. begitu menginsafkan.

MOHD NASER.com

shameel Iskandar said...

salam alaik.
indah sekali aimie mengatur kata dan menyusun bicara.

saya tertarik dgn bait2 ini ..... jangan pernah sesal dengan diri.. mungkin kau perlu berehat kali.. berehat mencari diri mu kembali..tapi jangan sekali untuk berhenti.. teruskan berjalan.."

[sutera kasih] said...

utk akak ke?hehe



p/s: sorry, lately mood jth merundum nk blogging & BW huhuhu

MrPingu Gonzalesz said...

cukup puitis.. hehee mutiara.. oh mutiara..

Hafizin Jamil said...

dimana letaknya danau yang hijau tu..?

maszull said...

salam mimi...waduh2 sungguh puitis sekali setiap rangkap dan bait2nya....mama kena fahamkn betul baru tahu apa maksudnya....:)

gud luck dear don't give up...:)

dhiera zainudin said...

mutiara pandai tenang kan hati.
tujukan sesiapa ke entri ni?

Unknown said...

Entry oph sokmo tbaik

Jue said...

This is nice entry beb. Mcm monolog mgan dr sndri

Psst; utk sutera kasih ke atau gitu2 ke