Sunday, September 11, 2011

sungguh aku pasrah...

Bismillahirrahmanirrahim..



Honestly... by ~ =CalypsoKid95


Ingatkah waktu itu
waktu kita bergelak tawa
waktu kita bermujahadah mencari ilmu-Nya
waktu bilamana kau dan aku
ibarat embun di balik dedaun..

sekarang
aku tidak lagi pasti 
ternyata khabar mu tidak lagi menjadi
sisipan maya ku tiap hari

semakin senja berlabuh segenap hari
semakin jauh kisah ini
kenapa jangan dipersoalkan lagi
kerana sudah tiada jawapan untuk itu lagi

Sahabatku..
ibarat kakandaku sewaktu ketika itu..
mungkin aku belum cukup terbaek buat diri mu
mungkin kerna itu
jarak kita
sudah menjadi asing
sudah menjadi tali yang terlepas dari gulungannya..

mungkin aku belum benar menjadi yang terbaik
semoga kau menemui
sesuatu yang kurang dalam diri ini..
dalam jiwa insani yang Dia janji..



11 comments:

FadhDeela said...

amboi bermadah pulak yaa :P

IMANSHAH said...

indah bahasamu

SoLy SoLicious said...

kadang, jarak tdk jd pnghalang jika kita ade sifat jujur dan percaya antara satu sama lain :)

NA said...

Manusia berubah Mimito. Kak Wina pernah mengalaminya. Jarak dan jarang bertemu seperti dahulu yang membuat keadaan berubah.

-wina1979-

anamizu said...

JARAK seringkali dijadikan punca :(

maszull said...

salam aimie...madah citera cinta...:)

Anonymous said...

wahh puitis nya bahasaa like it!

Fasihah Supian said...

ini memang terbaik, kak aimi ke wat?

Nadzirah Kamarazaman ( NK ) said...

puitis :)

Unknown said...

hurm..terkadang yang terbaik sedang disiapkan..

kura said...

suka suka!