Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullah..
Assalamualaikum warahmatullah..
Tangan kanan laju mengusap dari permukaan dahi hingga ke dagu..
sunyi,
sepi,
tenang,
mendamaikan,
memiliki sebuah perasaan yang tidak akan ditemui dalam waktu yang lain,
syukur,
masih ada ruang untuk sujud kerana-Nya..
alhamdulillah..
beristigfar,
melafazkan kalimah agung-Nya,
bertahmid,
berzikir,
bertasbih,
sedikit pun tidak menyedari keadaan di luar sana,
hanya aku dan Dia.
hanya dunia aku dan Dia tika ini,
tidak mampu dibolosi oleh sesiapa pun, tanpa izin-Nya,
indah bukan?
syukur, syukur,syukur, dan terus syukur,inilah waktu yang harus dinanti-nantikan
oleh semua jiwa, nurani dan hati yang mahu memiliki cinta Dia..
akhir "perjumpaan" ini..
menadah kedua-dua tangan,
dirapatkan telapak tangan kanan, bertemu dengan telapak tangan kiri,
seolah garisan yang terbentuk, membentuk lengkungan sampan,
di sinilah garisan yang menemukan titik hati ini, untuk bertemu Dia.
Anak mata tepat melihat telapak tangan yang dicantum bersama.
Apa yang kamu lihat?
Seolah-olah hanya mata kamu dan telapak tangan kamu, dan pandangan sekeliling yang lain kabur!
Kamu sedar akan ini?
Anak mata kamu sedang berinteraksi seolah lens makro yang benar memfokus setitis embun yang ingin kamu jadikan sebagai koleksi foto-foto kamu.
Yang lain kabur, yang jelas hanya yang objek yang mahu difokuskan.
Lens makro merupakan klon kepada urat mata yang membenarkan anak mata memfokus secara terus menerus tanpa sebarang halangan.
jelas! Tuhan mahu kamu benar-benar tulus, telus dan halus menemui-Nya tika ini.
Dia membantu kamu, untuk kamu menjiwai jiwa kamu mencintai Dia, menerima Dia dalam menjalani kelangsungan hidup kamu..
Subhanallah, Dia membawa kamu mengenali Dia dengan cara Dia yang misteri!
Di sinilah saat, di mana, hanya kamu berdua dengan Dia, berdua lebih baik, berdua menemui nya, meluahkan segala yang berkecamuk di dada, segala yang terindah terpahat di jiwa.
Berjuanglah menemui Dia, merasai nikmat cinta Dia ini!
Zahirnya Dia tidak mampu dilihat oleh kita, tidak mampu digapai oleh kita, tetapi hadirnya Dia sentiasa melekat di jiwa..
Wallahua'lam..
p.s: sambungan kepada status di FB,
teruja melihat gambor makro, tetapi teruja lagi memiliki "lens makro" original dari Tuhan, weeee :)
13 comments:
teruja baca
ermm tgk tngn lg mnyayat hati kak ngh
lens ni mmg xde gntinya..syukurlah dgn nikmat yg ade ni..
puisi yg sgt cantik ^^
senyum bace entry ni ..
:)
menarik .. :)
Untaian kata..
sejuk mbasahi sanubari..
Betapa cinta Dia t'lalu agungkan..
Smg interaksi ant aku, kau dan Dia..
Tidak akn pernah thenti..
Meskipun sakaratul maut dtg mjemput..
Amin3x..
DIA yang Agung!!
subhanallah :)
indahnya...
suka2..
:)
lensa trbaik :)
DIA pemilik segala yg ada dilangit dan dibumi :)
hebat!!!
alhamdulillahhhh...lensa ori ni mampu baca tulisan opah yg hebat
Allah Maha hebat ciptaannya :)
Post a Comment