Monday, November 14, 2011

Tak Mo Jawab meseJ

Bismillahirrahmanirrahim..





Penah tak rase macam tak mau balas mesej bile dapat mesej? Tak kesah la, mesej kat enpon cikai ke, enpon canggih ke, KuLitBuku ke, my Zone ke, Friendstengg ke (wujud lagi eh..hehehe), Tango ke, tak kirelah medium ape pun, penah tak rase tak mo balas mesej,bile ada sesape mesej kat Inbox?

heeeee, mimi penah gak ase. Kekadang ase, jaatnye aku, tak mo balas mesej, tapi nak buat cam mana, hati kata tak mo, jari pon tak taip la. Ikot kata hati kan. =p

kenapa jadi macam ni eh?

1) Tak kene masa:
Mungkin time tu, si polan si pulon mesej tak kene masa. Mungkin time tu tengah bizi teramat, sampai nak kentut pun tak dan. Haa, bile pasan mesej masuk. Just tengok dan tutup, tak terasa nak balas. huuu..

So, may be, ni bole diselamatkan bile keadaan dah reda, bole cek balik inbox, dan balas mesej =]. SETEL!



2) Malas:
Aihhh, ni penyakit manusia yang memang tak dapat nak dielak lagi lah. Nak balas mesej pon malas ke? Malas la jugak bile penyakit M tu dah macam klon kepada diri sebeno kan. Nak buat cam mane, dah malas. Mungkin badan pun tak sihat, huh, lagi dabel trabel malasnye.

So, may be, tunggu waktu HAJEN menyembuhkan penyakit M ni,dapat balas segala mesej, cume lambat ah. Ari ni owang mesej, minggu depan reply,heee.. tapi balas gak kan.  SETEL! =]



3)Tak suke kepada si pe MESEJ:
Mungkin ada beberapa sejarah lampau, atau kisah silam berkaitan kita dengan si  pe MESEJ yang membuat kan kita mimpi ngeri tiap2 malam, sampai ase gerun nak balas mesej owang tu balik. emmm..gawat kan

So,may be, kene bagi hati tu, cool down bebeh, bagi ase diri, kepala otak betul2 clear dengan kisah silam, baru dapat balas mesej dengan setenang bayu laut dan bayu darat tanpa emo2 ni. Bile tu? Berdoalah supaya hati cepat sembuh kan. heeee.. InsyaAllah.. so, SETEL =]



4) Nak jaga hati:
Mungkin niat kita hanya nak jaga hati kita, jaga hati si pe MESEJ daripada tercalar akibat daripada kita dok balas mesej si pe MESEJ tu kan. Ase nak senyapkan diri dalam Gua ciptaan diri sendiri, tak mo dia tawu keadaan kita, so, just nak diam je.

So, may be, kene bagi masa kepada hati dan diri sendiri, atau cari masa untuk berterus terang secara slow and steady kat si pe MESEJ yang kita tak de niat buruk, just nak jage ati die je, so, si pe MESEJ may be akan paham niat baik kita kan. so, SETEL! =]



5)Nak lupakan si pe MESEJ:
Ni lebih kurang macam nombor 3 tadi lah. May be dia ada kisah silam dengan kita. Kita dah tak nak ingat cite2 sedih dengan dia, or, kita nak mulekan hidup baru dengan penuh ceria kan? So, may be tak balas mesej ni carenya.

So, masalah ni mungkin agak kritikal kan.hehe. Sebab mungkin amik mase bertahun lama nya untuk ubat hati. Ni semua bergantung kepada pilihan hati kita untuk terus keep berkeras atau lembutkan hati. Ni pilihan masing-masing la. Sebab lain orang, lain cara dia nak menghadapi masalah dengan melupakan si pe MESEJ ni kan? so, ni cam tak bape nak setel, heeeee..

Apa yang mimi boleh bagi, Memberi KEMAAFAN atau Memohon MAAF adalah solution terbaik! MAAF adalah suatu yang sukar sangat orang nak buat, tapi sangatlah mulia kalau dapat melakukan nya dengan sebenar-benarnye =]


Ada faktor lain lagi tak kenapa tak nak jawab mesej? Jom kongsi!





27 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnh cmtu coz bz atau tngkan hati..hikhik..

ShahzCudin said...

orang slh hntar mesej..
klo ade yg salah hntr msj tu trus abaikan je sama ada xnak bagi die malu atau mmg da sah2 slah xkan nk jwb..
boleh?

FasiHaH SupiaN said...

selalunya depa bagi tak kena masa. i kan bz..arghh kadang2 i terus lupe nak balas u..........

JIJI YU said...

haha nak lupakan..block je terus

cik najihah said...

x nak mesej sebab annoying je

Saiazuan said...

hmm bnyk kali kena mcm ni..

Syuxer said...

syuk tak pernah terima mesej sejak setahun dah hehe..maklumlah xde nak msg sapa2 hehe

Wanie said...

kalau wnaie kalau org tu x kenal je la wanie tak reply..kalau kawan2 sume reply je..kena jage hati..kadang2 org x reply mesej kite terase oo..huhu

ShErA said...

shera selalunya faktor pertama tu... selalu mmg tak kena masa.. time busy tu la mesej bnyk msk...

EyqaLuvender said...

iqa pnah delete terus tym tade mood... =='

naim said...

luahaan dari hati nie

msredcheesecake said...

ada jugak, message nak cari pasal ....

fathiahRAIHANA said...

Hihihi setuju ngn semua tu
tapi selalunya tgu ada mood dlu la baru reply semua msj
hee.

Bulan Syurga Firdaus said...

lain org lain crte nye lain cara n karakter nye he3

makcikkantin said...

Dpt msg tak kena masa......nak reply later....trus lupa....

Lia Irdelia said...

tak sempat balas,
dan lepastu terlupa..

hahhaa

ILA HonEyBuNNy said...

hehhe..kalau bz mmg xsmpt nak berbls msg..

xmoo balas msg sebba xsuka org tu msg..n xsuka main msg dgn dia..ehheheh

Musang said...

malas nk reply ahaha

Bidadari Syurga said...

ke semua di atas adalah betul.... heeee.. oleh itu akak tukar no. selesai urusan. sah sah tidak diganggu terjah syahdu dia lagi..

syahirooAhmad said...

selalunye terlepas pandang.. perasan ade msg.. tapi amik remeh je.. last2 bila member tu call..

" Ohhh aku lupaaaaaaaaaaa"

Fatin Mraz said...

hi laling... cutenye la die nye entri..

hehee..jgn kata x nak bls msg.. x nak angkat call pun penah..

Norlida Ramli said...

selalu gak ase camtu...tp plg selalu nya sbb MALAS.hehehe

tp tgk la kalau penting wlupon mls akan reply gak.kalo x penting..biarkan jela..haha

Iffah Afeefah said...

erm betol opah

lupekan pengirim itu tepat skali

NadiRah said...

nad mls nak reply kalo dia tnyer sepatah2...bazir kredit...
hahhahaha

Faaein Talip Roy said...

samalah.. selalu gak dok 'ter'abaikan mesej tu.. kadang2 lama tak balas2.. sampai terlupa ada mesej.. hehehe..

paAni said...

hahahaha aku pun kdg2 xreply msj org yg aku xsuke.kejam x? haha.tp kalau penting sgt, aku reply ah.

♥ p a a n i ♥ said...

hahahaha aku pun kdg2 xreply msj org yg aku xsuke.kejam x? haha.tp kalau penting sgt, aku reply ah.