Hidup ini suatu pintasan cahaya
di cakerawala-Nya
menghubungkan yang silam
menjadikan yang kini dan mendatang
cahaya kelam yang lalu
mampu menerangi menjadi pelita menghanyutkan panorama senja semalam..
lintasan kumpulan asap
mengingatkan kesan debu berinci-inci tika dulu
lintasan pelangi merona dikaki langit
membias kembali waktu singgang kecil itu
sungguh masa itu tidak lagi emas
masa itu nyawa..
sekali terbang
putus sudah riwayatnya antara dunia ini dan di sana..
pergilah masa yang berdebu..
pergi terbang membawa jasad mu yang lesu itu..
pergi nya supaya yang kini akan kembali..
meraih tubuh yang layu
layu dengan sajian ilmu Ilahi
15 comments:
:’)
maka dengan itu ianya hanya menjadi sebuah peristiwa :'(
hamboi2..sasteranya dia.abg ni bdk sains ada blur ckit.xpe,abg fhm la jgk. :)
salam..
semuanya pasti akan ke sana..hanya yg membawa bekal yg cukup akan rasa bahagia di sana..
deep..
semua yang hidup akan berakhir
hehe..cam sajak je..nice!haha
hoho jatuh cinta jap
wah..betul tu. suka entry ni. nice.
T_____T
berat kepala hotak aku nak terima ni
indah sangat :) memang ada darah seni sasterawan la awk ni :D
kureng memahami ayat puitis, tapi pasti, intipati yg nak d sampaikan berguna sbg pengajaran dan ingatan buat semua ;)
pintasan cahaya
kekadang ia memberi
khasiat kepada diri hamba
yang dhaif seperti ku
selalu abaikan cahaya
yang sering hampiriku
untuk memberi pentunjuk ku
Aku terus aibkan cahaya
demi mencari kekenyangan duniawi
untuk memuaskan nafsu ku
semakin lama semakin
cahaya pintasan datang buat kali
terakhir
iaitu pintasan cahaya kematian. jeng2.
cc: back ground music:http://www.youtube.com/watch?v=WFbsp7kecL0&feature=relmfu
fuhyooooooooo...dalam maksudmu...xphm sgt..huhu...semoga kamu semua dapat mengambil pengajaran :")
kembali meraih pada cinta yang Satu..
Semoga ilmu akan tetap bersamamu..
nicelah dek!.. ni mesti rajin baca puisi ni.. ehehehe..
Post a Comment