Tuesday, November 15, 2011

lessOn 121

Bismillahirrahmanirrahim..




Selamat hari selasa!
buat ape? mimi tengah godek-godek laptop sambil tengok Istiadat menurunkan bendera peribadi yang di pertuan Agong,kat Istana Negara. heeeeee.. Dah 54 tahun Istana yang dibina di Jalan Istana tu berdiri kat situ, sekarang dah bersedia nak berubah ke Istana yang lain yang dibina di Jalan Duta. Sob3.. Sedih jugak tu. Sejarah kan? Diwar2 kan, IStana lama tu nak jadi Muzium nanti. Heeee.. Sonok2 =]

LessOn hari ni?



Apa yang mimi nak bawa untuk lessOn hari ini, tidak perlu untuk kita nak merasa hasad dengki, penyakit PHD yang melampau di atas kejayaan orang lain, sebab rezeki tiap-tiap manusia itu sudah pun dah tertanam semenjak dalam rahim ibu lagi.

Manusia itu belum pun melihat dunia ni, tapi segala rencana kehidupan dia dah di siapkan oleh Allah S.W.T. Subhanallah! Maka, manusia itu, harus ingat, harus sedar, mereka hanya perlu merancang peta perjalanan hidup supaya segala rencana kehidupan tu, berjalan di atas berkat dari-Nya.

Macam mana nak merancang peta hidup ni?
1) kenal pasti kelebihan diri, kekuatan dalam diri yang boleh kita majukan diri.
Sebab Allah itu menjadikan manusia itu, penuh dengan kekuatan. Manusia dilahirkan bukan untuk menjadi orang yang lemah. Di samping, mencari potensi diri, selitkan dengan segala kekuatan diri sebagai seorang Muslim!

2) berfikirlah secara matang dan dewasa.
Setiap manusia melalui fasa bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa alam tua. Setiap fasa memberikan kita sejarah kehidupan yang membuat kan kita, mengalami 1001 pengalaman hidup. Pengalaman hidup ni menjadikan kita lebih dewasa.

Belajarlah daripada kehidupan. Allah tidak memberikan sebuah coretan hidup itu hanya sia-sia. Tapi memberi peluang kepada manusia untuk menelek kembali kehidupan dan berazam untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Kalau hari ini purata kebaikan yang dibuat 0.1 , esok, bertambah 0.11. Inilah yang dimaksudkan oleh Dia. Perubahan demi perubahan, perubahan ke arah kebaikan, yang mendewasakan hidup dan pemikiran, menjadikan diri, manusia yang terhebat! =.<

So, ape lagi, berusaha menjadi manusia terhebat disisi-Nya =]





18 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

pnyakit phd tu sesangat bahaya..bila nk balik perak?

Niena Pengembara Ilahi said...

pnyakit phd tu sesangat bahaya..bila nk balik perak?

Niena Pengembara Ilahi said...

pnyakit phd tu sesangat bahaya..bila nk balik perak?

Sunah Sakura said...

insya'Allah... :)

syakey said...

semua Allah dan tentukan, tapi kalau ia adalah keburukan, pasti punya hikmah, mungkin untuk ke arah kebaikan.

Allah Maha adil kan, tak mungkin Dia nak buat sesuatu tanpa sebab dan munasabab,pasti agenda Dia lebih baik dan mungkin terbaik untuk kita. :)

Asyikin said...

owh, baru tahu pasal istana tu... hihihi, insyallah kita berusaha ke arah itu :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

phd amat bhaya!!
phs (perasaan hasad suka) pon bhy gak kdg2..

p/s: yui xpnh kenal pon domo tu..huuh..

anismelon said...

usaha tangga kejayaan..xde phd phd..usha snediri..weee..

psstt..mimi org perak ke?patut la leh ckp mcm org perak..huuuu

SoLy SoLicious said...

rezeki masing2.. xyah nak dengki2..wat tmbh dosa aje

cik pulau said...

oh phd..hehehe..

Paris Lipton said...

dah tu phd ni bejangkit kan, sian najwa latif kena kaw2 pasal kwn dgn greyson tuh...(goxip2) ;p

Kancil 8349 said...

dah rezeki mereka....kita boleh macam mereka jika kita ikut cara mereka....yang baik je

Iffah Afeefah said...

ye huuuu

betol berusaha la wlau skit

maszull said...

assalamualaikum mimi...susah betul org2 yg ada PHD ni kan kalau PHD dr U bagus gak tapi ni yg lain moga kita dijauhi dr sikap PHD ni...:)

A.I.N.S.Y.A.H said...

berubah ke arah kebaikan..itu yg seeloknya... ;D

Kakzakie said...

Oleh itu sebaik roh tertiup pada seorg hamba Allah segalanya telah tertulis di loh mahfuz...

Munnafendy said...

thanks mimi =)

dulu masa muda remaja slalu gk la rasa iri hati kt some1, tp lama2 bnda tu jadi cabaran utk challenge dia..at last kami sama2 bjaya hihi =)

kekadang PHD ni kalau kite jadikan bnda yg +ve maka +ve la yg kita dapat

BeloG MTT said...

Bersaing dengan cara yang sehat takpe tapi tak perlu sampai berhasad dengki..benda tu boleh memakan diri sendiri jugak nanti kann..Setiap manusia dah di tetapkan untuk bahagian masing masing di dunia ni :')