Thursday, November 10, 2011

lessOn 116

Bismillahirrahmanirrahim.




Selamat semuanya! selamat hari khamis!
Adakah rutin hari ini sama dengan hari-hari yang lalu? heee, orang macam mimi sama lah kot. keke.

Semoga hari ini bertambah lah baiknya daripada semalam ye kome! lessOn hari ni?



nak tanya kome?

Adakah kome semua sudah merasa puas hati dengan keadaan fizikal kome semua? Cukup gebu, kurang kusam,tiada kedutan yang bergelombang, tubuh badan keep maintan macam dulu, masih seperti berumur belasan tahun? keke, ngarot je mimi ni. 

Walau siapa pun kita, kita adalah ciptaan-Nya yang terindah sekali. Lengkap dengan kuasa pancainderanya yang membantu perkembangan sekian makhluk di bumi ini kan? Tidak dinafikan, kekadang, perasaan rendah diri ni sangatlah suke menjadi kawan si hati.

Untunglah kau, ada itu ini, serba boleh itu ini, aku ni macam ni je, blablablabla.. Tapi hakikatnya kita tidak sedar, kita sendiri seolah memperlekehkan penciptaan Tuhan itu kan. Setiap yang diciptakan, menggambarkan keindahan, kehebatan Pencipta itu kan?

Yang lebih menjadi keutamaan, yang hanya dipandang oleh Tuhan kelak, hanya, nilai ketaqwaan yang lahir dari hati, kesucian hati itu, kemurniaan diri itu dalam menjadi seorang Muslim yang sejati. Itu yang lebih penting kan?

Sebab tu, orang selalu cakap, cantik kacak lagi bergaya pun tak guna kalau hati macam arang? ke mimi yang cakap? hehe, mimi tukar je ayat tu, tapi isi masih sama =p Pendek kata, indah yang dalam, indah lagi yang diluar.

Mungkin kadang-kadang manusia itu buta menilai, tetapi Allah itu tidak pernah sekali membutakan penglihatan-Nya dalam menilai hamba-Nya. Bersyukurlah. =]




18 comments:

Admin said...

bersihkan hati :)

semutsengal said...

um,

bersihkan hati mohon kemaafan tebuslah dosa di tapak tangan..



LALALALLALALA

Unknown said...

apapon..tubuh badan luar kena jaga leklok..sbb ni barang pinjam je ni

nuyui a.k.a miss YUI said...

luaran hnya sementara..

dalaman itu penting..

Anonymous said...

tak berpuas hati lagik, tapi era bersyukur~

pelikkan?

Sunah Sakura said...

bersyukur dengan segala nikmatNya...

Ezad Skytech said...

kita kena la jadi manusia yang bersyukur atas semua nikmatNya..:)

ILA HonEyBuNNy said...

Ya Allah..kadang2 ila termerungut dgn dri neh...pastu cpt2 istifar,,

ya...Allah menilai setiap perbuatan kita...dan niat kita...;)

Muhammad Naim Abdullah said...

Jom bersihkan hati kita

Unknown said...

ermmmmm thanx opah

Anonymous said...

mari kita muhasabah diri :)

syakirahmn said...

alhamdulillah,sentiasa bersyukur dengan bentuk fizikal yang Allah beri ni, takda la nk ngeluh sana sini dgn keadaan fizikal ni walaupun tak lah sempurna mana.

tapi mcm mana ye kita nak tangani kawan yang selalu dok komplen dengan bentuk tubuh dia,muka dia, padahal bukan teruk mana pun,org tu sniri dok buat teruk.

kadang sampai naik mluat dengar. dh cakap nk,syukur je lah dgn apa yang ada,tp tak makan saman jugak. haih~

aamalinaazman said...

@ syakey:
haaa..
banyak jugak member sendiri cam tu.. aihh..payah jugak kan..

tapi sebenanye, kalau segala nikmat die kene tarik, barulah die akan terasa nikmat sebelom ni..

jangan smp ape yg kite keluh tu akan ditarik balik kan...mang kene hati2 dalm berkata2 ni..

ciK LyndaWawa said...

bentuk badan fizikal kita anugerah Allah.terimalah seadanya...

Kaca Lensa said...

ye.. baik.... tengah berusaha bersihkan hati ini.. thanks adik kayu.. =)

Faaein Talip Roy said...

hati macam arang?

pest time dengar bidalan tu.. hehehe.. ;p

Nasz said...

betul tu. luar cantik molek tp dalam hanya Allah dan diri sendiri je tahu.

ctk said...

betul2....perbuatan kepadaNya yang dihitung...