Bismillahirrahmanirrahim..
The Past Is In The Past by ~ r3novatio
semakin dikenang masa lalu
semakin jauh menghimpit rindu
rindu akan lalu?
terasa mahu membetulkan yang lalu
supaya tidak dihimpit rasa malu.
Silam sebuah kisah yang lalu yang dijalani setiap nafas yang masih bertapak di bumi-Nya ini. Ada yang mahu merasa mengubah yang lalu seperti ku? Aku tahu, waktu lalu itu sudah terlalu jauh untuk dicerna kembali dalam ruang atmosfera ini.
Menghimpun segala dosa, noda, dan gelora yang bersatu menjadi kisah yang lalu. Lalu diluahkan untuk masa kini, agar menjadi pedoman diri. Walau setinggi mana tubuh berganjak, jadikan daratan yang terbawah sekali pengganding buat diri yang lemah.
Semoga diri ini, diri yang lain memahami aliran hidup ini, tiada yang baru kalau tiada yang lama. Tiada yang tua jika tidak merasai muda. Tiada yang manis jika tidak pernah menelan pahit. Cipta suatu mesin cahaya sakti buat diri menghargai sekilas angin yang menyapa diri.
selamat malam semua!
selamat malam semua!
p.s: adakah ceceme buatkan jari menaip sedemikian rupa? =.=
17 comments:
macam sajak je bila baca...eh mimito cecema??alolo..kecian..x baik2 lg ye?
slmt mlm mimito chan!!! :)
berpuisi salah satu cara wanita mengekspresikan perasaannya :)
cecema, nah ubat datang ;0
entry yg penuh dgn makna yg tersirat. :) nice one.
ayat dia,,
perghh
saluteee
kisah lalu tetap kisah lalu.namun masih boleh dicerna untuk ingatan masa sekarang.
fuhhh.. nice. :)
kisah silam tu biarkan ia jadi satu kenangan buat kita. ^^
oo lupa. selamat pagi ^^
*sebab baca waktu pagi kan. heee :D
walau apa yg berlaku masa lalu hanya boleh dikenang...tdk boleh diubah lg
jadikan kenangan silam itu sebagai pengalaman untuk menempuh hari mendatang..
Yg jauh dgn kita adalah kenangan..
Kenangan indah dibuang jgn..
kenangan pahit usaha lupakan..
twin ni pndai berpuitis.!!
slmt pg sudah..heheh..
mmm smge diperteguhkn...
tiada yg lama..tiadalah yg baru...
itulah hidup :)
teruskan hidp itu yang paling penting :)
kita melihat pengalaman lalu, kita sanjungi org yg terdahulu , warisan untuk pedoman hidup di hari mendatang insyaallah.
menhempas angin malam
demi tiduryang lena.. :P
ye ye
pengalaman phit adlh pengajar y garang haha
Post a Comment