Bismillahirrahmanirrahim..
tengok jam dinding, baru pukul 7.30. Macam tak berapa nak pasti, 7.30 pagi ke 7.30 malam kan. Alahaaaaai, ape ke lambat beno otak ni memproses, jam dah mati la cek kak oitt.. huuuu..
Selamat pagi semua! semalam dah pegi ke klinik buat kali ke-3. Tak tahulah kenapa payah beno tonsil sayang ni nak baik kan. Tak pelah.. semoga, pelan2 la dia baik kan. lessOn hari ni?
Surah di atas terang menunjukkan Allah s.w.t itu penuh sifatnya yang Al-Lathif itu, Maha Kelembutan. Kelembutan yang bagaimana?
1) kehalusan dan kelembutan-Nya dalam mencipta sekian makhluk yang tertebar di sekian dunia ini, baik sekecik makhluk sehingga sebesar2 langit yang luas ini.
2)kehalusan kebaikan, segala yang telah tertulis dalam diari kehidupan makhluk itu, pasti akan sentiasa disulami dengan penuh hikmah dan kebaikan, sama ada disedari oleh makhluk itu sendiri mahupun tidak.
3)Keindahan kekuasaan-Nya dalam melihat sesuatu perkara. Dia sentiasa memberikan jalan, kemudahan, dan keperluan kepada manusia, cuma manusia itu yang buta apa yang telah dibentangkan dihadapan mereka.
Cuba kita mengolah kembali kelembutan Allah ini supaya selari dalam kehidupan kita. Manusia yang mempunyai daya kelembutan dalam kehidupan, baik lelaki mahupun perempuan, tidak akan mempersiakan kehidupan sekarang dan mendatang suatu hari nanti.
Jika ditentang kehidupan, mereka tidak mengalah.
Jika tidak berjaya sekarang, mereka tidak akan terus tidur membisu.
Jika pendapat nya hari ini ditolak mentah2, esok2 mereka pasti dihadapan.
Yang pastinya, mereka sentiasa melembutkan hati mereka, memujuk hati mereka supaya mereka sedar, agar sentiasa menyandarkan kehidupan mereka kepada yang Esa itu. InsyaAllah, kejayaan itu pasti!
Berusaha melembutkan hati yang sedia halus itu, makin keras hati, makin kebatu la jiwa menanti..
17 comments:
sangat susah mahu melembutkan hati yang keras, hanya dengan al-quran hati sekeras batu pun boel jadi selembut sutera. tp ketetapan hati untuk mendekati al-quran pula yang suah dikecapi.
kenapa komen aku macam series je ni.
get well soon dear. byk2 makan ais krim bg sejuk tonsil tu.
sdb berusaha mnjadi wanita yg blemah lembut...
*nak jadi bini org kan...lalala
em..bagus ni.tp abg x mampu nk olah ayat sebaik hanie.AHHAHA ;P apa pun dik,jgn berhenti berdoa.doa tu senjata Islam.moga segala kekotoran hati kita,kerasnya dia,dpt dilembutkn walau dgn sepotong ayat suci al quran. :)
semoga kita berada dalam kesederhanaan
lembut kan hati utk memaafkan org lain
lembutkan hati untu dengar nasihat org
yg pastiakn lembutkan hati selalu =)
get well soon dear, makan ubat tu
baru leh cepat sembuh
ustaz cakap, kalau hati lembut, senang dapat hidayah.. harap2 aq tergolong dalam orang yang berhati lembut...
mukmin yang baik adalah yang baik akhlaknya =)
walaupun keras hati tapi kadang2 ada juga kelembutannya!
Indahnya ayat2 Allah..
p/s: moga cepat sihat akak!
Cuma kita terkadang terlupa untuk mencintai apa yang wajip kita cintai...
semoga cepat baik ye~ =)
hampir semua benda datang dari hati,pergerakan perlakuan percakapan semua lahh. dan siapakah yang mendetik kan hati tu kalau bukan pencipta kita Allah.
so, hati mmg harus di jaga. biar sentiasa bersih, biar lembut, biar hati tak tertup,tak hitam. ;)
Oopahhh xbaik lg ke
xdpt nk dgr sore comei hehe
semoga cepat sembuh.. ^^,
kehidupan.. kalau tak diubah..
tiada rasa.. tiada jiwa..
tiada kata lagi yang mampu dinasihatkan..
betul tu. saya sokong entry ni. memang bagus entry ni.
ciannya mie.. meh dtg cni kte wt ct scan lak.. hee..
semoga tonsil cpt ilang nti..setiap kejadian pasti ada hikmahnya..percayalah :D
Post a Comment