Bismillahirrahmanirrahim.
sumber : CAK FOTOGRAFI
Pencakar langit?
kenapa diperibahasakan sebagai Pencakar langit? Mampu ke satu hari nanti menandingi ketinggian Langit Ilahi (dah macam blog Hilal Asyraf ha...pinjam kejap! ). Setinggi mana ketinggian si Pencakar langit manusia, masih lagi tidak mampu menandingi ketinggian langit-langit Dia.
Apa yang terkandung di langit sana? Sekalipun menaiki pesawat berganding bersebelahan langit, kepulan awan Dia, mata hanya mampu melihat zahirnya. Isinya? rahsia itu hanya milik langit dan Dia. Apa yang dikumat kamitkan oleh langit kepada Pencipta nya, sekalipun menumpahkan air jatuh ke jasad bumi, masih menjadi rahsia dia dan Ilahi. Kerana itu, langit itu tetap menjadi milik Langit Ilahi.
Serupa dengan kita. Menyintai bidadari bidadara di kutub Selatan, jauh menghujung Bumi Dia. Menghadam segala rasa cinta dan sayang kerana dia yang sana. Siapa yang melihat dan menyimpan rahsia ini? Masih lagi Dia. Penyimpan rindu, kasih dan rahsia cinta tersimpul rapi. Inilah rahsia hamba-Nya dengan Dia.
Belum masuk sidang menipu. Di mulut kata,"ya! aku yang buat tu, korang mane nampak tadi kan..", Sedangkan si tangan mati-mati sedang menafikan perilaku tuannya," Tidakkk! Tuhan, tolong dedahkan penipuan ini. Aku tidak sanggup dihempap fitnah sedemikian rupa!" Bentak si Tangan. Senang menabur fitnah kepada si Tangan, sedang kan si Tangan itu, penuh berjasa. Makan dengan tangan, basuh berak sekalipun dengan tangan. Kejikan? Kasihan si tangan. Tidak berdosa tapi dihukum sedemikian rupa.
Inilah rahsia hamba dengan Tuhan. Baik buruk, Tuhan menutup litup segala aib manusia. Sedangkan manusia? seronok membongkar aib sesama manusia. "kau patut malu tahu! Tuhan itu lagikan menyimpan baik buruk perilaku kau sendiri , kau seronoknya pungpangpungpang tabur cite yang bukan-bukan dengan manusia lain. apa nak jadi dengan kau ni ha? ", tetapi manusia enak menyimpan rapi jauh daripada sisi,bisikan nasihat itu tadi, Sadis?
Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangkamu dan yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu. Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah mereka termasuk orang-orang yang diterima alasannya. (Surah Fussilat; 22-23)
12 comments:
Dia yang maha segalanya :)
Eh?
1. Kau nak salahkan siapa bila dia curang?
2. Kau nak salahkan siapa bila dia tak ikhlas?
cantiknya....=]
sukar nk kikis sifat ni..cri buruk org, cari salah org, sebar aib org..mohon perindunganNya dari sifat ni..
pencakar langit..entah bilalah dpt 'dicakar' langit itu...
sian tangan..
insaf2..
betul, entah mcm mane lah agaknya bile kite menghadap hari di mana setiap anggota bercakap memberi kesaksian.. T__T
firaun dah pernah wat bangunan pencakar langit
muhasabah diri..
sesungguhnya ilmu Allah itu tak t'capai dek akal fikiran mnsia...
subhanallah!
bangunan pencakar langit semakin bermaharajalela di atas muka bumi. dan.. kita juga semakin tiba ke pengakhiran..
:')
segalanya..
hidup dan mati kerana Dia..
TQ mimi..
:)
zmn skng lg terok
Post a Comment