Tuesday, November 15, 2011

tak suke la remeh temeh ni

Bismillahirrahmanirrahim..




Hari ni macam banyak pulak hupdate. Teringat mase bulan Puasa hari tu, memang gile hupdate. Hantu ape yang rasuk pun tak taw la kan =p

Ni cume nak hupdate dengan pandangan mimi untuk sesetengah lelaki. Hehe. Aiseeehh, mase bile pulak mimi buat analisis ni kan? Tak dela analisis pon, cume dah lame dah dok tengok tapi tak berkesempatan nak ulas.

Bile bace entri YEN, pasal PEREMPUAN lebih TELITI daripada LELAKI, ni yang buat teringat nak cite pasal ni. Betul eh, perempuan lebih teliti daripada lelaki? Mungkin ya, mungkin jugak tidak, bergantung kepada individu tulah.. kan?

Dan tetibe teringat kat satu mende ni. Mende ni berlaku dalam GROUP course mimi la dalam FB bulan september yang lalu. Bulan 9 ni bizi la dengan konvo mase tu, kene la setel yuran konvo segala. Ada sorang cosmate ni,lelaki la, post kat group, "ADa sesape tak boleh explain kat aku, nak bayar yuran konvo ni macam mana eh, jangan nak letak link dan suruh aku buka link tu pulak,".

hehe, Bile bace post die tu,ase nak tegelak pulak. JANGAN NAK LETAK LINK DAN SURUH AKU BUKA LINK TU PULAK. Ayat tu mang betol-betol sentap sampai tak de sape yang berani nak komen, nak boh link kat post tu , walhal, nak cite cam mana nak bayar yuran tu, nak kena tunjuk la link ape kite kena rujuk kan? Betol dak? hehe.

Apa yang mimi bole simpulkan, sebenanye Lelaki tu nak direct information. Ye tak suke mende-mende temeh ni. Kalau bole, dia nak orang terus kol dia bagi taw cam mana nak setel yuran tu. Kalau dapat yang nak terus tolong online kan, dia bagi duet, budak sekian sekian tolong setelkan, lagi sonang. hehe.

Sebab ape mimi buat rumusan cam ni?
Sama jugak dengan ayah. Apak tanya, cam mana nak bayar yuran masuk U  kamu ni? Mimi punyela explen panjang lebo, siap tunjuk web sekian2, pas tu ayah cakap ape, " Ha, nanti apak bagi pinjam kad kredit, kamu buat sendiri la, senang..." hahaha, adoiiii.. tepakse top up balik air liur dok explen tadi =p

Sebab tu, mungkin kenyataan YEN boleh keluar isu PEREMPUAN lebih TELITI dari lelaki kot. Teliti cam mana? teliti la, contoh sopin barang makan, dalam nak pilih2 barang, belek2 tarikh luput, sesuai ke, buatan dari mana, okeh ke, makan mende ni mati tak.. lama dok telek barang tu, baru beli. hehe.  

Tapi tak semua juga perempuan begitu, dan masih lagi ada lelaki yang teliti dalam hal ni ye, puan2 tuan2 sekalian =]

And one more! Mungkin lelaki ni nampak macam tak tawu pape pasal ape yang sedang hangit ni. Tapi Tak tawu dia tu, bukan bermakan dia Tak tawu terus! Dia tawu tapi saja buat2 tak tawu. Sebab ape? Malas nak hamek kire mende2 temeh juga.

Cam ayah, dia tawu anak dia ni bila cuti panjang je masa kat U dulu, mesti nak balik Sabah. Tapi ritu, cam segan nak cakap kat ayah, almaklum tiket kapalterbang ni bukan singgit dua, cakap la cam ni, " Apak, ina cam tak tawu nak balik Sabah ke nak balik Perak. " tawu ayah jawab ape?

" Balik jela sabah, cakap je nak balik bile.." kikiki..malu terus tak berkata mimi. Haha. Dia tawu, tapi pure2 tak tawu. Dia nak anak dia cakap direct je. Tak yah nak sastera2 la dengan ayah mimi hoiiittt. hehe.. That's why, mimi nak sinonim kan lelaki suka kepada DIRECT COMMUNICATION. heee..

Okeh, kome bole ulas pandangan kome sekarang ye =.<






10 comments:

Sunah Sakura said...

hahaha..ye la, sama! ahahaha

EyqaLuvender said...

pasni kalo ckp ngn laki iqa nk bg direct teros la..hahaha
sentap pon sentap la...kekeke~

SoLy SoLicious said...

xde kias2...direct teruih ha..

Saiazuan said...

laki x teliti sgt dlm hal mcm ni sbb kena pk bnyk hal :)

p.s kadang2 aku trtanya, brapa kali ek blog ni post entry dlm sehari? huhu bnyk idea :D

Iffah Afeefah said...

hehe slalu cmtu

ade gak lainnye

kdg laki lebih cerewet n berkias dr pempuan tnpe die sedor

Cik Jannah said...

haha. memang pun. lelaki lbh direct hehe

maszull said...

assalamualaikum mimi...perempuan ni ada sifat2 malunya coverkn tapi kalau lelaki tu ckp jer terus x yah cover2 lg senang...:)

Norlida Ramli said...

aah la mimito..mmg sama ..kita kalo nk bli pape pun belek lama2 br bli..tp kalo laki mai amek je.haha

ctk said...

betul2..lelaki memang sukakan direct communication...lain org, laen cara..haishh..masing2 saling melengkapi :D

Asyikin said...

en.bf seorang yang teliti, akdang2 rimas. *harap-harap dia tak baca komen nie* keh keh keh