Wednesday, November 2, 2011

bukan bapak sebenar

Bismillahirrahmanirrahim..




BUkan bapak sebenar? yela, bapak tiri, nama lainnya bukan bapak sebenar kan? Saje nak tambah kosa kata bagi UP sikit la kan. Bapak tiri, bapak yang bukan sedaging sedarah dengan kita. Makna kata lain, mak kawin dengan lelaki lain, selain dari ayah kandung yang disebabkan cerai atau meninggal dunia.

Selalu orang cite mak tiri atau bukan mak sebena kan. Hari ni mimi nak cite pasal bapak tiri pulak. Ada yang bertuah dan ada yang kurang bertuah apabila bapak tiri menjadi sebahagian dalam hidup mereka kan.

Bertuah?
amik contoh kawan saya la. Kehidupan mereka tak delah senang lenang. Boleh kata sederhana lah. Rumah kampung biasa. Apa yang bertuahnya? Bapak tiri kawan mimi ni sangat la baik. 

Kalau kawan tak cakap, tu ayah tiri die, memang tak sangka tu ayah tiri die. BAwa balik hasil kebun macam2 untuk anak. Sanggup pegi UTM dengan moto dari rumah nya yang agak jauh dari UTM tu, semata2 nak lawat  kawan mimi tu. Bagi macam2 kat saya dan kawan2 masa datang ke rumah nya hari tu.

Walau hidup tak semewah macam orang lain, mereka hidup gembira, bila seorang ayah tiri tu, bertindak sebagai pelindung keluarga kawan mimi tu. Hidup gembira aman damai. Hujung minggu berkelah2 tepi sungai dengan famili. indahnya la kan?


Tapi, jadi tak bertuah bila?
Bapak tiri makan anak tiri nya, rogol, siap ugut macam2, nak kikis sume harta pusaka si isteri dan anak2 tiri, sebab nya?

ada kawan mimi sorang tu, siap ayah tiri bawak balik skandal nya ke rumah die. Aduhai, hancur luluh hati mak kandung kawan mimi tu.. Dah tak terkata hendaknya. Mereka hanya anak2, perempuan pulak tu, ada adik kecil lagi. Nak bertindak macam mana,kalau dah ayah tiri buat perangai.

Seolah2, apa function ayah tiri tu kawin mak die, sampai bawa skandal lain balik rumah? masya Allah. Minta jauh ni berlaku lagi kan. Alhamdulillah, masalah tu dah selesai, bila mak kawan mimi tu bertindak bijak dengan melaporkan kepada pihak agama.


Pucuk pangkal sebuah kehidupan tu terletak kepada diri kita . Tuhan dah berikan jalan untuk kita lalui. Bagi yang menghadapi nasib yang kurang bertuah itu, mungkin Tuhan sedang memberikan titian yang sangat teguh, supaya lebih bergantung harap kepada-Nya.

Bagi yang bertuah itu, alhamdulillah. Memang itu habuan cinta daripada Tuhan untuk kamu. Bertuah ke tidak, semuanya adil. Mungkin kali ni A bertuah B tak bertuah. Lain2 kali, B pulak bertuah, A pulak tak bertuah.Itulah jalan alam.

Yang pasti redha itu kunci kepada mangga dunia ini =]




19 comments:

kotak bulat said...

setiap manusia akan alami dugaan yang berlainan.. cara kita hadapi tu perlu kuat . :)

anamizu said...

kalo yg bertuah, dpt ayah tiri + BERHARTA + BAIK HATI pulak + TAK KEDEKUT dgn anak2 tiri + PENYAYANG gila = mmg heaven gila la =)



luv,
cik ana

Unknown said...

susa ade bapak tiri
aurat kene jage

adoiyai

kura said...

tak ada bapa tiri lg.

tp teringin nk jadi bapa tiri byk2. Eheh! hahah

Muhammad Naim Abdullah said...

mengajar kesabaran . tul akak?

maszull said...

assalamualaikum mimi...nasib baik kalau dpt bapa tiri yg baik kalau x nasib x baikkn...:)

Unknown said...

kita jgn lupa untuk berdoa agar diberikan yg terbaik untuk kita.....

cik jannah said...

SAya takut kalau dpt bapak tiri.

Unknown said...

alhamdulillah dikurniakan pelindung yang baik..
bagi yang sebaliknya terima sahaja ujian itu dengan redha mungkin ada hikmah disebaliknya..^_^

SoLy SoLicious said...

Dugaan sungguh kwn awk tu ye... smge die bsabor n tabah hadapi dugaan..

FR said...

Allah takkan uji kan kalo kita tak mmpu :) kalau skrg susah, nt insyaAllah jmpak yg senang jugak .. bnd jd msti brsebab .

zahidah seran said...

i love the last quote,dik..=)

Wanie said...

bapak tiri xde, mak tiri ade..

a said...

walau apapun, kena redha:)

ciK LyndaWawa said...

dunia sekarang..,macam2....

Anonymous said...

nauzubillah jauhkanla perkara tak baik dari kita semua hendaknya.

suka part yang tak bertuah Allah beri titian teguh untuk berhubung @ bergantung pada-nya. Allah merindui kita.

msredcheesecake said...

bila niat berkahwin dah menyimpang, cam tu la...

ctk said...

kawan ct pon bertuah..bapa tiri dia sangat2 lah mnjekan dia..sume bende dia dapat...hihihi


*semOga dijauhkan haruan makan anak tu..huhuh

Faaein Talip Roy said...

tu lah.. kelebihan dan kekurangannya.. beruntung bagi mereka yang mendapat pengakhiran yang baik...