Thursday, November 17, 2011

lessOn 123

Bismillahirrahmanirrahim..





Selamat pagi khamisssss! 
Mimpi sempurna ke semalam? dalam sroottt srottt semalam menghadapi ketiduran kelenaan dengan ubat ceceme seketol.

maka bole berlesson hari ini kan?




Pernah kita merasakan tiap kesakitan yang Tuhan berikan ini merupakan suatu anugerah, suatu keistimewaan kepada kita? Jarang sekali melihat manusia itu merasa aman dengan kesakitan, termasuklah diri yang menaip ni. Selalu merasakan diri ini penat dan lelah dalam mengharungi kesakitan yang menimpa diri.

Tetapi apabila kita buang sekejap rasa derita yang menghempap diri, pandang kepada kenikmatan terhadap kesihatan, pasti kita tidak berhenti mengucapkan rasa syukur kepada Dia. Sama lah seperti andai mata kasar ini melihat dosa-dosa kecil yang dihapuskan, pasti diri ini melopong dan ingin merasakan kesakitan itu datang dan datang lagi.


" Kita membenci rasa sakit itu tetapi sebenarnya, ia adalah fungsi efektif dalam melindungi tubuh badan kita. Ia memberi isyarat akan bahaya dan kecederaan yang terjadi. Sifatnya yang tidak menyenangkan memaksa semua orang memberikan perhatian kepada masalah ini. Walaupun tubuh manusia memiliki gerakan refleks automatik yang membentuk lapisan pelindung luar dan mendorong kita menjauhi rasa sakit, ia memaksa semua organisma berwaspada dan bertindak. Selain itu, rasa tidak menyenangkan menjadikan manusia mengingati pengalaman itu dan ingatan itu melindungi kita di masa hadapan." ~ Dr. Brand.

Penderitaan, kesakitan yang diberikan kepada Allah, sebenarnya suatu nikmat yang dipulangkan kepada makhluknya agar jiwa mereka kembali bersatu dengan syariat jalan-Nya yang indah itu. Mengurniakan sekian makhluknya supaya menuju ke jalan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Tanpa disedari, kesakitan ini yang menjadikan diri sentiasa lemah. Diri tidak lagi merasa ingin angkuh dan bongkak seperti waktu lalu. Bila sakit, tidak lagi hingin menikmati waktu bersuka ria tetapi mahu menyendiri, bermuhasabah diri, memikirkan kisah lalu, apa yang telah aku lakukan selama ini, sehingga aku diduga begini.

Begitu besar nikmat Tuhan ini. Segala yang dijadikan-Nya adalah tidak pernah sia-sia. Cuma manusia itu selalu menilai takdir-Nya dengan penuh cerca yang menambah dosa..Sedarlah..



13 comments:

FR said...

nikmat sihat hny boleh dirasa oleh org yg sakit aje :')

nuyui a.k.a miss YUI said...

sakit itu pasti ada sbbnya..

dan insyaALLAH ada penawarnya..

musang said...

terima kasih atas peringatan itu....bersabar ketika menghadapi sakit

merahitujambu said...

terima kasih share benda baik ni..=)

Muhammad Naim Abdullah said...

sakit itu nikmat. :D

Unknown said...

sume ada fungsi

Asyikin said...

Allah turunkan sakit sebab Dia sayang kat kita, nak kita selalu ingat Dia :)

mas saari said...

sakit itu untuk kita kerana Allah sayangkan kita...

Qhaifa Nur said...

sakit bersalin buatkan saya insaf seketika, bersyukur ALLAH masih menyayangi saya....

Ezad Skytech said...

ada hikmah setiap yang berlaku tu..

Unknown said...

tgah skit huhuhu

syakirahmn said...

sakit kan penghapus dosa, sakit juga mendekatkan hambaNya pada Penciptanya. sakit pun sbg iktibar, betapa nikmatnya kita mendapat kesihatan yang baik. peringatan jugak tu. ;)

ciK LyndaWawa said...

sakit2 tu ujian tuhan..=]