Bismillahirrahmanirrahim..
The color of nature by ~ Zx20
kenapa langit itu biru? aku mahu langit itu jingga.
Jangan tanya aku, tanya Tuhan mu..
kenapa lautan itu juga biru? aku mahu ia merah seakan darah menyala
Jangan tanya aku, tanya Tuhan mu..
Kenapa.....??
Aku sudah bilang, tanya Tuhan mu..
Tuhan kamu tahu kamu resah,
dibentangkan permaidani biru berombak, seakan hidup bernafas, semata-mata untuk mengubat hati kamu..
Tuhan kamu tahu kamu sakit!
dikepulkan awan yang menampal langit yang tiada ukuran keluasannya , semata-mata untuk membersihkan kesakitan pada mata hati kamu.
iya, aku sedar, aku selalu mendongak ke langit, seolah mencari antiseptik bagi merawat segala yang menghakis kekentalan di "dalam" ini..
laut biru itu seakan mahu mengajak aku berbicara dengan nya, mendalami isi hati aku, menjadi kawan sejati ku, walau dia hanya mampu bergelora di dalam sana..
walau aku tahu,
aku ada laut dan langit Dia,
aku tetap selalu mahu mereka yang lain menyukai aku,
seperti mana, aku mencintai mereka,
aku mahu mereka
seperti
si langit dan si laut biru juga yang setia menyukai aku..
menemani aku sehingga aku tidak mampu lagi menjengah mereka di luar sana..
walau si langit dan si laut biru itu tiada pancaindera seperti mereka,
tetapi kasihnya hinggap menjadikan aku cintai Dia,
cintai Rasul-Nya..
mengingatkan aku, Sulaiman yang petah berkata dengan alam maya..
sungguh si langit dan si laut biru itu ada roh yang menjaga mereka..
Biarlah sayang,
walau mereka tidak mengendahkan diri mu,
seperti si langit dan si laut biru yang menyenangi mu,
mereka itu masih seperti mu,
masih serupa jirimnya seperti mu,
kalau kau hina mereka,
kau seolah menghina diri kau sendiri,
kau jijik kah dengan diri kau sendiri?
tidaaakkk!
aku sebaik ciptaan-Nya!
mana mungkin aku jijik dengan keajaiban dan kebijaksaan-Nya!
bagus!
bagus !
kau masih sedar betapa hinanya diri kau
betapa kecilnya diri kau disisi-Nya..
usah lagi sedih memikirkan mereka yang hanya sama seperti kau itu.
lebih mulia disisi-Nya andai
kau melabuhkan kata-kata cinta buat mereka
kata-kata yang didengari-Nya..
kata-kata agar dihalusi hati mereka
agar menyukai kau
sebagaimana kau menyayangi tali persahabatan dengan mereka
kata-kata yang menjadi senjata buat kalian!
aku akur perintah itu.
itulah kerja aku.
wajib!
p.s: manusia itu tidak mampu melunaskan kehendak setiap manusia yang lain. Apa yang mampu? menjadi pendoa kepada manusia yang lain itu. Allah S.W.T itu, Maha Mendengar lagi Maha Memberi.
p.s.s: rasa puas, walau tak berkata dengan bibir, tak bersuara dari anak tekak, tapi segala kesedihan terkubur,lenyap di sini. Alhamdulillah..
12 comments:
baiklah kak ngh tak nak tanye
lalu teringat satu baris ayat Allah :-
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)
subhanaAllah besar kuasaNya..
tak kan tanya...
begitulah agung kuasa Allah SWT!
:"p...syahdu...
ok cik ana tak tanye =P
errr tp nak tanye gak..
tekak aimie da ok ke??
luv,
cik ana
bersyukur atas nikmat yang diberi
indahnya bahasa nmun maksudnya masih boleh difahami...
nice entry ni dear..akak suka, akak bagi 10 bintang hehe
aku tak jijik dgn manusia..ak jijik dgn perbuatan jijik mereka
assalamualaikum mimi...nice n3 mama suka bacanya...:)
best jer baca..
nice sharing dear,, :)
Post a Comment