Bismillahirrahmanirrahim..
Kenapa lorong ini gelap? Sudah tersalah arah kah aku? Aku rasa aku masuk lorong yang sahih. Aku yakin tetapi kenapa masih tiada bayang makhluk sekecil semut pun di dunia. Yang ada hanya desir angin melalui seiring dengan ku. Sungguh aku takot aku keseorangan tika ini. Tiada yang lain kah menemani ku?
mama? mana mama? Bukan baru semalam dia menyelimutkan ku kerana diri ku panas disurami demam semenjak seminggu yang lalu. Aku pasti mama ada tetapi makin lama makin kabur pandangan hilang merayap ke pandangan ke atas dunia hitam ini.
mamaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
zsupppppp! bangon! terjaga!
alhamdulillah, mimpi rupanya. Aduhai, bermimpi yang tak sampai 5 saat pun kalau diceritakan, tapi terasa seolah berjam lama nya berjalan kat bumi asing tu.. Syukur masih lagi hidup. Terus termenung..
Masa mimi demam tak kebah2 masa kelmarin punya kelmarin, mimi macam tak dapat nak bayangkan kalau mak tak de. Bila bangon dari tido, tengok2 mak tak de.. Ase macam gelap abis semua pandangan dunia.
Nak minta tolong siapa? AYah pulak tak de, out station,adik kecik lagi, jiran tetangga mostly semua bukan muslim, dah la baru je menetap kat sini, macam terus jam mentega otak, dengan keadaan sakit nak berpaut kat sape?
Sesungguhnya, terasa bersyukur sangat, Allah itu memelihara kesejahteraan kami, kesejahteraan ibu yang menjadi pelindung kepada anak2 yang masih memerlukan nya waktu ini..
Ya Allah,
peliharalah kesejateraan dan kebahagiaan
yang berpanjangan
sehingga ke akhir hayat
dunia dan akhirat
ibu dan ayah ku..
aminnnn..
Selamat malam semua! (malam jumaat, tido awai! hehe)
14 comments:
huhu..mimpi eh?p basuh kaki p :)
huhu takutnya.
laen kali basuh kaki, baca ayat kursi suma. hehe
takutnya kalo mmpi camtu :(
tim dok asrama dlu kalo mmpi lbih krg cmtu mmg bukak2 mata mmg dah berair nangis .. hee.
takut juga..
masih tak kuat kalau mereka tiada.. [-__-]
AMIN .. insyaAllah .. semua baik2 saja :)
mimpi rupanya... moga yg baik2 saja ya inshaallah:)
aku rindu mimpi ttg mak sbb dgn mimpi aku jd dkt dgn mak..
pagi JUMAAT pon kena bangun AWAL tauuuuu!! :-)
Erm takot kn oph
hurmm
almk..yui jrg mimpi..seram..
salam
akak, sebelum tido , baca do'a dulu.. ;D
tatot if mimpi pelik.huhu
kdang2 mmpi dpt bwa kta sedar yg kta sebenrnya bnyk leka dgn urusan2 x penting.. :)
nak nangis la sebut sal mama..huhu...xdpt nk bygkan :(
Post a Comment