Bismillahirrahmanirrahim..
Selama membajai kasih sayang yang macam nasi dimakan hari-hari, beginilah hatiku..
10 tahun menyemai kasih dan cinta tiada henti, bersetuju dengan kata putus, mahu menjadikan hubungan makin ke arah yang lebih mendewasakan, lalu ikatan Pertunangan termeterai. Namun..
Dulu hati, penuh dengan sifat kemerahan api cinta yang membara..
Kini, di ganti dengan aneka warna, bercampur gaul,
sehinggakan tidak pasti yang mana "warna" hati yang sebenarnya..
Bukan hanya diri ini merasa begini..
hati yang di sana juga merasa senada seperti ini..
apakah makna semuanya ini?
adakah, tiada pengakhiran hubungan ini?
XXXXXXXXXXXXXX
teeettt!
hati siapakah yang seperti di atas ini? heee.. Yang pasti bukan hati mimi, dan mimi harap, bukan hati kamu, kamu dan kamu ye =]
Banyak jugak mimi dengar kisah, tempoh pertunangan, merupakan tempoh yang sangat penuh dengan dugaan berupa taufan, elnino, tsunami, gempa bumi, dan seantero lah dengan nya. Betul ke? wallahua'lam.. Mimi hanya mendengar dari sesuku manusia kat bumi ni. Belom mendengar seluruh manusia mengatakan keperihalan ni.
apabila sudah berada di tahap PERTUNANGAN,tempoh ni merupakan tempoh yang semakin dekat untuk menempuhi alam perkahwinan, fasa alam yang berubah sama sekali daripada fasa-fasa kehidupan yang lain kan?
So, sememangnya, logik sekiranya, dihadirkan dugaaan yang sangat hebat sebelom nak mengubah laluan angin kapal kehidupan, dari Utara ke Selatan. Bila nak ubah laluan angin tu, memerlukan kederat manusia, baik dari tenaga kebijaksanaan nakhoda kapal, mahupun, krew2 kapal yang berganding bahu, turunkan layar la, buat macam2 lagi, untuk tolong same2 gerakkan kapal dari arah utara ke selatan kan?
Same goes to human Life.Sementara diri belum rasmi menjadi hak milik orang lain, Masa inilah membuatkan manusia itu bermuhasabah. Diri ini layak tak memegang tanggungjawab besar dalam menempuhi fasa kehidupan yang baru.
MAsa itulah, membalikkan hati dan nurani tidak leka akan tanggungjawab sebagai fulltime hamba kepada Ilahi, tidak putus berdoa dan bergantung harap penuh 200% kepada Ilahi, agar kedua-dua hati ini dapat mengecapi kebahagian bersama.
Mungkin masa inilah, menilai sejauh mana ketegaran sekeping hati itu menjadi "kawan" untuk hati yang satu lagi. Apa benar hati ini mampu mengawal diri sendiri, tubuh badan sendiri, sebelom menjadi "pengawas" kepada hati yang satu lagi.. layakkah?
Begitu banyak kemungkinan yang berlegar dalam ruang hati Tunangan orang. Walau bagaimanapun, petunjuk dan keyword dari Tuhan itu yang selayak nya diambil kira dahulu. Banyakkan berdoa dan solat istikharah sedaya yang mungkin sementara masa masih disisi. Restu mak ayah juga janganlah dibelakang kirakan.
Tanpa mak ayah, tidak mungkin kita mampu melangkaui fasa ini kan? Semoga dipermudahkan urusan kalian.. INsyaAllah :)
18 comments:
nice...insyaALLAH resti ibu abah penting
urmmm..hati saya sedang rindukan kamu! heeee
moga sama2 tidak hadapi saat cmtu ea..
melangkaui fasa-fasa sehingga ke satu fasa akhir dalam perhubungan sememangnya menuntut lebih banyak ketahanan hati.soal hati sangat rumit kalau mau diambil kira.justru,harus pastikan hati sendiri lebih kuat.
betul yg psl tempoh pertunangan tu tempoh yg penuh dgn dugaan..
even my bff ngn kak sndri pun x terlepas ngn dugaan berat..
pape pun kita kna kuat dlm menghadapi sume ni yaw!hehe
jd....sy xnak tunang..hehhe
huh..takot plak rasa..
cinta kerana Allah...
insyaAllah tak libang libu...=)
:D
Cinta manusia kena ada redha ibu bapa
cinta Allah dan Rasul adalah pling best!
hidup pasti ada godaan dan dugaan...
moga mereka2 semua diluar sana tabah..
saya setuju~
restu mak ayah la yg paling penting~
tanpe mereka siapala kita
restu itu sgt penting kan :)
kadang,kalau cinta tak menjadi tu, Allah kasik petunjuk la tu. semua ada hikmahnya. Dia lebih mengetahui. kan kakmimi ;)
thanks for the entry...rase takot menghadapi hari2 akn dtg sbg tunang org..but, sentiasa mengharap pd yg x kan mati bak kate matlutfi.....rase lebih lega pas baca entri ni...dugaan itu pasti, so mintak pd-NYA supaya tabah....mintak restu ibu bapa spaya sume berjalan lancar....huhu
nak tambah sikit...waktu bertunang ni org tua cakap darah manis... lelaki atau perempuan yg sudah bertunang mesti nampak lawa je di mata orang lain...masa nila ujian untuk org yg bertunang kerana pada waktu itu kita akan jumpa org yg lebih baik, cantik atau hensem dari tunangan kita...
sy belum cukup dewasa lg utk belajar <3 <3 ni. cehh! haha
+1 opah, very very nice
betul tu, orang kata alam pertunangan la paling mencabar. hurm
Post a Comment