Saturday, November 19, 2011

lessOn 125

Bismillahirrahmanirrahim..




Selamat hari sabtu!
Hari yang ditunggu2 oleh mimi. heee.. Kenapa? sebab bukan nak kawin ye wanieto, hehe,kalau kawin, harussla jemput kome kan, tapi sebab hari ni nak balik kampung. Jauh nyelah nak terbang, beratus kilometer ye,

Kota kinabalu---> Kuala Lumpur----> Alor setar------> Gerik Perak

Heee, so, ni mungkin lessOn yang terakhir, atau pun tidak. Hee. Hanya Allah yang tahu, kalau coverage baik punye, lelaju mimi  Up kan lessOn untuk kome ye! So, be patient to wait my LessOn every morning ye warga LilY..=p

So, hari ni nak cite pasal ape?




Subhanallah!
terasa ayat tu simple sangat untuk difahami tapi mampu menenangkan jiwa kan? Kome ada rase macam tu tak? Sebab itu Al-Quran itu umpama HATI  bagi jiwa-jiwa ISlam, kerana mampu menenangkan jiwa yang kusut masai. :)

Tawakal. Bile sebut sangat mudah kan? tetapi nak buat, mudah tak? mudah tak mudah jugaklah. ADa yang "mempermudahkan", ada yang menyukarkan apabila ia "mudah" dan macam2 lagi la erti tawakal pada setiap individu tu.

Apa yang mimi nak cube kongsikan ni, seperti ada seorang sahabat penah cakap kat mimi, "tawakal manusia itu jarang yang sempurna", sebab ape?

1) Tak buat pape, tapi dok tadah tangan minta doa, Tuhan bagi apa yang aku nak.
2) Dah usaha, dah buat macam2, tapi ase, kenapa Tuhan tak penah nak dengar apa yang aku mintak?
3) orang lain dapat je ape dorang nak, tapi aku tak pon?

Ada penah rase cam tu? mimi sendiri pun penah rasa cam tu. Ase malu dengan diri sendiri, malu dengan Tuhan, seolah-olah tak percaya dengan takdir Tuhan, dengan rezeki Tuhan, sedangkan semua tu Tuhan dah rencanakan sebelum kita melihat muke doktor yang sambut kita lahir pun kan?


"Apabila semua bertawakal kpd Allah dgn sepenuh hati,nescaya Allah memberikan rezeki kepadamu seperti Dia memberi rezeki kepada burung. Burung itu pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang."
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majjah )

Terasa dah berpuluh, dah beratus, dah berinfiniti Tuhan menjanjikan segala keperluan yang perlu ada untuk kita. tetapi kenapa kita masih ragu? Di sinilah  dimana titik tolak nilai keimanan kita, kepercayaan kita yang sebena2 diuji. 

Tak terasa kah, diri kita masih ada lopong2, masih ada lobang2 yang membuat kan diri kita masih belum cukup layak untuk memperoleh segala apa yang kita nak? MAcam-macam kita impikan, tetapi sedikit perubahan dalam diri pun kita tak nak buat. Kadang2, bukan kadang2 lagi tetapi 24 jam kita perlu "sedar diri",  siapakah hakikatnya kita ni.

Begitu Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk sekalian makhluknya. Allah tu sentiasa bizi merencanakan yang paling the best untuk kita. Tapi kita? sudah cukup bizi kah amal kita untuk Dia?

Semoga kita selalu menjadi "sedar diri" dimana kita sedang berpijak ini. 
Wallahua'lam..



13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Usaha dan tawakkal kena digandingkan utk berjaya dalam apa juga yg diimpikan...

Memory said...

percaya semuanya ada rahsia yang tersembunyi.. satu hari nanti rahsia itu pasti akan kita ketahui juga...

Unknown said...

Ermmm betol tu

lupe je sokmo

Memory said...

percaya semuanya ada rahsia yang tersembunyi.. satu hari nanti rahsia itu pasti akan kita ketahui juga...

msredcheesecake said...

Manusia mmg selalu bersangka buruk dgn tuhan bila doa tak termakbul... Tahu minta je tapi tak tahu nak beri Dia apa Dia nak dari kita...

Ezad Skytech said...

kalau tanpa usaha...tawakal je..belum tentu boleh berjaya...kena selalu berdoa dan bersabar...

Munn Jaafar said...

thanks mimi =)

mmg tggu lesson dari mimi stiap pagi...love it!

kekadang bila Allah xtunaikan hajat kita,maka ada hikmah disebalik yg kita tak tahu.apa yg jadi pun tawakal sja, yg pasti kita ttp kena usaha dulu..

Unknown said...

nak tawakal 100% susah weyh

Faaein Talip Roy said...

memang.. samalah. selalu jugak terfikir macam tu.. kena tengok balik pada diri.. mana yang kurang.. sebab mungkin dari kesilapan sendiri juga apa yang kita minta tu masih lagi tak dimakbulkan..

selamat bercuti mimi.. ^^,

The day we meet said...

smoga selamat pergi balik ok :) berapa lama cuti?

Muhammad Naim Abdullah said...

Semasa bermusafir, boleh berzikir kepada Allah semoga tenang..:D

zahidah seran said...

segan silu dengan iman yang masih rapuh ni.
tsk tsk...

Asyikin said...

insyallah :)