Sunday, November 27, 2011

lesson 128

Bismillahirrahmanirrahim..




heeee.
camat pagi semuaaa!
apa khabar hati dan badan semua? ada sihat kah? mimi ni, dari sakit tekak yang amat dasat ari tu >> ceceme >> batuk

haaaa..bersahut2 pulak sakitnye. ehehe.. Tapi cool je, batok onnggg onngg sambil pekup mulut la. keke. Adeeehh, tahan jek nafsu nak makan duyan kan..aihhhh..

lessOn hari ni?





Apa mimi nak bebel pagi ni?
Mimi nak bebel tentang FIKIR, EMOSI dan HASIL. Apa pulak kaitan dengan ayat kat atas ni? Mestilah ade kan, kalo tak, tak delah terpapar  maksuh potongan ayat ni kan?

FIKIR
Apabila kita berfikir apa kita nak cakap, apa kita nak buat, sebenanye, kita mampu untuk mengajak, menyeru, orang disekeliling kita supaya sama-sama dengan kita, bersemangat padu! hooyeaahhh! untuk buat segala perkara yang menjurus ke jalan kebaikan.

Nampak orang tengah kecewa bersedih. Otak kan ligat pikir solution macam mana nak buat dia hepi. Otak akan mula FIKIR kan perkara yang gembira untuk orang yang sedih tu.


EMOSI
Perempuan selalu dikaitkan dengan emosi kan? terutama bila angkat bendera merah kan? Aihhhh, bukan perempuan jek, perempuan lelaki semua nya beremosi, bila emosi tu dah mule hangat membara kan?

Bijak mengawal emosi, menenangkan emosi, menjadikan emosi ditahap yang normal, akan bergerak selari dengan fikiran yang mantopp. 

Tahu tak, ada satu golongan Yahudi ni, ucap 'Assam 'alaikum'(binasa atasmu). Bila Aisyah yang paham maksud ayat ni, dia pon jawab, 'Wa'alaikumussam wall-la'nah'(bagi kamu juga kebinasaan dan laknat). Tapi baginda rasulullah, rilekk jek. Baginda siap cakap kat Aisyah, sabar Aisyah.  Allah itu suka kan kelembutan, baginda sudah terlebih dahulu menjawab 'Wa 'alaikum' sahaja .

Subhanallah, begitu cool Rasulullah mengawal emosi. Langsung tak terjejas emosi dia. Sedangkan Yahudi itu sudah membakar kata-kata salam yang tidak elok buat baginda. So, jadikan sifat Rasulullah ni idola kita okeh!


HASIL
Bila otak FIKIR dengan sempurna,
EMOSI berjaya dilaraskan pada tahap yang normal,
kompem la HASIL nye mesti wallah!

Inilah namenye pendekatan psikolgi dalam mengajak orang berbuat baik kan? Dalam berbelog pon, ada kalanya bole menyentap jiwa kita, buat kan hati ni terasa, buat kan hati ni terasa untuk menjadi manusia suci. Ada rasa macam tu tak?

InsyaAllah, moh kita doa, semoga hati kita sentiasa mahu berbuat baik, cintaka husnul khatimah =]




p.s: otopublisssshhh ye, tenet cam bese mengong..heeee




8 comments:

nik nurhidayah said...

insyaallah..;)

Muhammad Naim Abdullah said...

terima kasih ya

Anonymous said...

suka entri ni :D

insyallah.. :D

Unknown said...

emosi mendahului akal

Unknown said...

hukkkk baiklah cik mimi....
terharu....^^
slm maal hijrah

Wanie said...

susahnye nak kawal emosi..berfikir sepenuhnye sebelum bertindak kan..

RHI said...

InsyaAllah...sama-sama kita belajar mengawal emosi

EyqaLuvender said...

slm maal hijrah mimie... =]
kte suke entry nie..
kna ngn situasi kte skrg...