Bismillahirrahmanirrahim..
Yang tertutup itu indah
Yang tertutup itu misteri
Yang tertutup itu menawah di kalbu nurani..
Itulah puteri hati ku, cinta hati ku, berkerudung litup, menutupi keseluruhan tubuhnya. Yang pasti dirinya memang misteri. Tiada yang mampu merungkai misteri di sebalik bertudung litup itu. Hanya Dia yang menyimpan kemas segala keindahan, keistimewaan yang tidak terperi yang hanya dimiliki bagi yang mampu menjadi putera hati nya kelak..
Siapa namanya?
Di mana asalnya?
Kenapa aku tidak betah melihat nya dari keredupan maya ini?
Kenapa aku selalu merasakan ada sesuatu yang perlu aku tahu disebalik yang tertutup itu?
Tuhan, jangan Engkau menyeksa hati ku sebegini rupa. Ya! Aku tahu! Aku tahu apa perlu aku buat.
Dengus isi hati Adam, berkali-kali, setiap kali matanya menatap gadis yang bertudung litup kemas itu. Seakan menggamit Adam untuk menyampaikan isi hatinya itu.
.............................................
“Kenapa dahulu Hawa tak rasa apa yang Hawa rasa ya.. sekarang, hati ini Hawa tidak kosong lagi,” suara lembut Hawa menghiasi Adam sambil tersenyum.
“Emm, sebab Hawa abang punya! Sebab tu Hawa tak rasa apa-apa. Sebab Hawa dah sah jadi abang punya. “ Jawab Adam selaju yang mungkin. Inilah saat yang paling bahagia. Akhirnya Hawa yang hanya di kerling berkali-kali dahulu, sudah menjadi Hawa kepada Adam.
Terima kasih Tuhan. Aku bahagia dengan takdir ini. Aku bahagia doa ku kini sudah menjadi “hidup” ku. Aku tidak lagi perlu merenungnya dari jauh, kerana Hawa kini milik aku selamanya..
Yang pasti yang tertutup itu memang indah. Segalanya indah. Luar dan dalam. Membuat kan hari-hari ku terbuai dengan keasyikan jalan cinta dari-Nya.
...........................................
Perjalanan yang dijalani, semakin lama semakin berseri. Sungguh tiada bertepi kisah cinta Adam dan Hawa ini. Bertambah seri, apabila perkhabaran, Hawa bakal menjadi Ummi, dan Adam menjadi Walid. Cucu pertama untuk kedua buah keluarga.
Tiada yang lebih membahagiakan apabila kisah mereka bakal di teruskan dengan zuriat yang bakal menemui dunia seberapa purnama lagi. Kenduri kesyukuran, kedua-dua pihak keluarga menghebahkan mereka bakal menerima isi rumah, si comel yang menghiasi dunia tidak lama lagi..
Pelangi semakin memanjangkan jalurnya, melingkari segenap bumi ini berpaksi.. Sungguh tiada kegembiraan yang melebihi ini..
............................................................
“Puteri hati ku, bersabar ya, sekejap lagi, sekejap lagi, anak kita akan deliver ya. Sabar sayang,” Adam erat menggenggam tangan Hawa yang menahan kesakitan.
Kesakitan yang teramat sangat, kesakitan bagai meragut nyawa yang tinggal dihujung tekaknya..
“ Abang, maafkan Hawa, halalkan makan minum Hawa ya abang, Hawa harap, Hawa boleh melihat abang lagi,” Suara Hawa bercampur dengan tangisan sendu menahan kesakitan, seakan sedikit masa lagi anak itu akan melihat dunia.
“ Sayang, jangan cakap yang bukan-bukan, tarik nafas dalam-dalam, ingat Tuhan, insyaAllah, dua-dua abang nak tengok nanti ya, janji dengan abang , abang ada ni, sayang kuat kan,” Adam tidak putus memberikan semangat yang menutupi sebulat suara sedih hatinya yang melihat kesakitan puteri hatinya sedang bertarung bagai tiada kudratnya lagi.
Sungguh pilu, melihat wajah kesayangan puterinya di usung ke Labour Room secepat yang mungkin.
Semoga kau selamat sayang ku. Aku masih belum puas bersama mu sayang. Sayang, kuatlah!

Detik menghitung detik, waktu berlalu pergi singkat. Apakah kasih ku masih di sana Tuhanku?
..............................................................
“Aalid,cantiknya kain ni kan, mangi, uni suka,” telatah Auni comel disisi Adam. Adam tersenyum, terus mendukung Auni yang khusyuk mencuba selendang Ummi nya yang pernah menghiasi sewaktu ketika dahulu.
“ Ya sayang, pakailah, dulu Ummi suka pakai ni, kalau Ummi tengok ni, mesti dia cakap, cantiknya anak Ummi ni,” kata Adam sambil membetulkan selendang yang menghiasi kepala Auni.
“ Walid, uni nak jumpe Ummi, esok kita jumpa Ummi nak? “ Auni memujuk ayahnya sambil merangkul leher walidnya dengan erat nya.
“ Ya sayang, hari-hari kita lawat Ummi ya, dah pandai bace Fatihah kan. “ Adam tersenyum sambil mengusap lembut rambut halus Auni. Persis Umminya.
“ Dah terror dah Walid, ari-ari Uni bace untuk Ummi, sayang dengan Ummi,” Sayu suara Auni yang masih kecil itu. Yang masih belum mengenal erti dunia. Belum pernah pun merasa kecintaan kasih seorang ibu terhadap dirinya.
Auni, walid pun rindu Ummi, hari-hari, dari waktu Walid kenal , sehingga sekarang, dan selamanya Walid akan rindu Ummi kamu Auni. Wajah kamu mirip sekali Ummi . Selendang Ummi yang melekap di rambut mu, menyeksa lagi hati Walid.

Sungguh yang tertutup itu indah Auni. Walau tiada jasad Ummi yang tertutup itu dibumi ini, ia kekal indah sehingga saat nya diambil pergi..
Yang Tertutup itu indah,
Yang Tertutup itu abadi ,
Yang Tertutup itu misteri,
Yang Tertutup itu kasih sejati,
Yang Tertutup itu cintanya hakiki,
Yang Tertutup itu bidadari syurgawi,
Yang Tertutup itu pelangi hati,
Yang Tertutup itu indah,
Yang Tertutup itu abadi ,
Yang Tertutup itu misteri,
Yang Tertutup itu kasih sejati,
Yang Tertutup itu cintanya hakiki,
Yang Tertutup itu bidadari syurgawi,
Yang Tertutup itu pelangi hati,
13 comments:
sedih. ada lagi ke org macam ni skrg ni
aaaaa!!! sebaknyeee bace!! best100000x!!!! isk~ :'(
yang bertutup itu mengikut kehendak islam..bagus..
ni macam novel versi pendek. heheh.
seronok kalau dapat menjadi seperti hawa dan punya laki seperti adam. ;)
alahhhhhhhhh bestnya... sian uni... tak sempat tgk umi dia ya...
ps: tgk wajah persis umi bisa buat walid kamu gagah harapnya...
ala..sedihnye..tapi hawa untung..adam msih sygkan dia sampai bila2..ada pulak auni yg sentiasa doa kan die ;)
power, sangat sangat power.
Wah2x...sejak bila kamu menjadi seorang penulis cerita pendek ni?? Heee..by the way, nice!
hu3...sad ending...
nice story..
Wah sedih sgt
oph mmg berbakat
tahniah ye
nice story.. punya pengajaran di sebaliknya..
cerita ringkas setiap part..
tapi isinya padat.. nice!
sad ending tapi kesannya amat dalam...=)
diingati kerana kebaikan even dah takde di dunia..
mampukah??
huhu...
Post a Comment