Bismillahirrahmanirrahim..
Selamat petang jumaat semua!
huwaaaa..dah bape ari mimi tak hupdate nih?huu..Memandang laptop sayu jek.wuwu. BUka laptop, try connect dengan si Biru nih, keputusan sambungan hanya EDGE, huuu. Nak tunggu loading blog ni, sampai dah bape kali tertido. Maka tutupla jawapannya..
Ni pon cube la sedaya upaya bersabor berbekalkan EDGE kan. Nak tengok boleh ke berhupdate dengan EDGE ni..huuu. Dah lame tak bagi lesson kan. Lesson hari ni?
Kalau anak kecil menangis tiada tanda henti apa ubatnye?
Si ibu sedaya upaya menenangkan, tepuk2 si anak bagi tidur, susukan si anak.
Kalau kawan atau sesape tengah berasap berapi apa ubatnya?
Duduk dan berwudhuk, menenangkan diri, menarik nafas sedalam yang mungkin, supaya keadaan kembali normal.
Kalau menghadapi ahli keluarga atau kawan dalam kekusutan apa ubatnya?
Duduk bertenang, memujuk individu itu untuk menceritakan apa yang berlaku, apa yang membelenggu fikiran.
Segala keadaan yang tidak berada pada fasa yang normal, memerlukan nilai-nilai kelembutan supaya keadaan kembali tenteram kan. Tiada siapa di dunia yang sukakan kekerasan. Sedangkan Firaun yang zalim itu, Tuhan titahkan supaya berlembut dengan nya supaya kembali kepada jalan yang benar.
"Allah itu bersifat lemah lembut dan amat menyukai sifat lemah lembut dalam setiap urusan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Macam itulah dalam kehidupan seharian kita kan. Anak-anak yang masih memerlukan bimbingan untuk menjadi manusia dewasa, memerlukan pendidikan yang penuh kelembutan, baik daripada ibu bapa mahupun guru, dan orang-orang di sekelilingi nya.
Macam tu jugak dalam menuntut ilmu. Macam mana untuk menjadi seorang pelajar yang bijaksana? Membiarkan hati dan ilmu itu bergerak dalam satu "line" yang sama. Kalau makin dipaksa dengan kekerasan, ilmu itu hanya berada "di luar" pintu hati. Tidak akan berjaya memasuki dan menziarah sekaligus mendiami isi hati kan?
Menuntutlah ilmu dengan penuh rasa kelembutan yang dipahatkan dalam hati. Mimi ada dengar, biar lembut tapi TEGAS. Mimi sokong dengan ayat ni. Lembut bukan bermakna membiarkan jiwa ini terus hanyut, terus dilekehkan, tapi ada nilai ketegasan yang diselitkan supaya hati ni bergerak dengan baik, mampu mengawal emosi dan perasaan.
Berlembut dengan hati supaya hati ini sentiasa berlapang dada menerima segala ketentuan Ilahi itu, serta mampu menzahirkan segala rasa kesyukuran kepada-Nya. Dengan kelembutan ini, nilai ukhuwah yang terjalin akan terus menjadi tali yang tiada reputnya ditelan zaman.
Wallahua'lam..
p.s: rindu semua! T___T
8 comments:
betul tu mimi,...biar berlembut tp dalam berlembut tu ada tegasnya =)
:)
semoga kembali blogger cepat.
lembut itu perlu..lau tegas mmnjg,ramai tak thn..
iye...lama xupdate...kelembutan dlm ketegasan, itu pendekatan yg terbaek...
betul tu, lembut tu boleh tapi bila perlu tegas kenalah bertegas kan?
btol tu..berlembut dalam ketegasan..hnampak mcm kontra tp boleh dilaksanakan bersama..
opah on9 edge pon panjang entry nye
Biar lembut..
tapi tegas!..
yes..
Sangat tepat.. :)
Post a Comment