Bismillahirrahmanirrahim..
nak tanya kome!
kome penah tak menghadapi situasi seperti title di atas? sila jawab ya atu tidak dalam hati masing2. Okeh, mimi dah buat analisis dah siap2, mesti kome jawab ya kan? okeh, yang tidak pon, angguk je okeh.
maCam mana nak menghadapi keadaan "ditelan mati emak, diluah mati ayah" atau dengan lebih mudahnya, "serba salah" dengan orang tua?haaaaaaa. ce citer macam mana. Nak jaga hati orang tua lagi, tapi pada masa yang sama, kita ada mende yang kita nak cuba sampaikan kat hati orang tua tu..
aihhhh, rumit kan? Sebab hati orang tua ini, halusss, seni, penuh dengan ke sentimental an nya, unpredictable, sukar untuk difahami, lain kita faham, lain pulak die paham, bukan nak mengata, sebab mimi dan kome semua akan melalui fasa alam tua ni kan?
So macam mana nak atasi masalah ni? Dr aimie sedia membantu . jeng2. BUka note pad semua, copy paste dalam hard disk natural yang dalam tengkorak kome tu ye =]
1)Bila dalam keadaan yang terdesak:
ape2 yang terjadi pon,sila bawa bertenang. Amik napas selama 7 saat, tahan napas tu 7 saat dan lepaskan nye selama 7 saat. Okeh? paham? buat ulang2 kali, buat sekali jek tak cukup oksigen tu nak sampai dalam tubuh badan. Banyak kot nak support =]
2) analisis masalah:
cube telek masalah yang kome hadapi antara kome dengan orang tua kome, atau mane2 orang tua. Adakah perlu penyelesaian drastik ataupun penyelesaian berhemah, sopan santun? okeh, dah setel?
3)kenal pasti penyelesaian:
bila dah analisis, jangan terus stuck kan otak untuk memikirkan , kenapa aku jadi cam ni, kenapa!!!! sampai hentak2 meja. Ohhh, cara itu salah. Bila dah analisis masalah, senaraikan semua solution yang berkemungkinan yang boleh menyelematkan situasi.
****selalunye, bile berhadapan masalah dengan orang tua ni, apa yang diperlukan adalah cara berhemah. Sebab orang tua kan lebih makan asam masam masin sume. KIta ingin masalah kita selesai, pada masa yang sama nak jaga hati mereka kan.
So, gunekan pendekatan berhemah yang penuh pendidikan. Slow talk, bawa pegi makan dulu ke, terangkan sebaik2 keadaan yang kome sedang alami supaya mereka tidak tersalah paham dan tidak membuat penilaian awal dengan keadaan kome.
4) bertindak!
haiyaaaaaakkkk! ayuhhh serang. Bukan nak pi serang orang tua tu sampai semput, no2!. Segera bertindak mengikut solution yang difikirkan bernas =]
Kalo ikhtiar macam2 tapi tak cube pon payah jugak kan. Buat selaras dengan kata. Baru jadi cakap serupa bikin, bukannya Sapok Biki ye. =]
5) kalau masih tidak berjaya:
bercakaplah atau dapat kan nasihat dari orang yang lebih dewasa, orang yang lebih berpengalaman dalm soal masalah yang berkaitan.
Ibu, emak, mama, ummi, adalah orang yang mungkin sangat baik untuk dirujuk. Mereka ini mungkin tidak berpendidikan setinggi mana, tapi ilmu yang ada dalam diri mereka, itulah yang membersarkan kita sehingga dewasa ini =]
ada lagi nak tambah? jom la share dengan mimi. Mimi seronok kalau dapat share dengan kome nih. weeee~ ase nak jadi pakar psikologi pulak..kiki =p