Sunday, October 23, 2011

lessOn 102

Bismillahirrahmanirrahim..




Sekali lagi, dah nak sore, baru nak mulekan sesi berbelog, aihhh, gara-gara BESI SEBENAR la nih..heee

Tangan dah ter ONN lappy, maka terbuka belog dan seterusnya terbuka la lessOn untuk tirai hari ini, jom la kite jamu mata tengok na :




al-Malik = Yang Menguasai.

siapa yang Maha Menguasai ini? sudah tentu-tentu, Raja sejati kita semua, Allah s.w.t. Hanya Allah yang layak mentadbir sekalian alam yang sedang megah hidup di muka bumi ini. Hanya Dia yang berhak, dan merangkum kan segala perkara yang berlaku di muka bumi ini untuk "terjadi".

Betapa besar pun kekayayaan, betapa luas pun kerajaan kita miliku, tetapi ia nya tetap akan hilang dengan 2 perkara ini:
1) kematian
2) hilangnya semua itu bila Allah menitahkan malaikat untuk meniup sangkakala pertama.

Sangat la tidak boleh di banding siapa-siapa pun dengan kekusaan Allah yang mentadbir sekalian alam ini.

Kita sebagai muslim, tak salah kiranya kita menjadikan al-Malik itu sebagai tunjang untuk kita berpikir kan? macam mana nak berpikir dengan berakarkan al-Malik ni?

David Brinkley cakap, " Orang yang berjaya adalah orang yang dapat meletakkan landasan yang kuat daripada batu yang orang lemparkan kepadanya."

So, kita ubah menjadi, " Orang yang berjaya adalah orang yang dapat meletakkan landasan yang kuat dengan al-Malik yang dilemparkan oleh al-Malik kepadanya."

Dapat tak tangkap maksud ayat ni?

Apabila kita meletakkan al-Malik, yakni Tuhan kita, Allah kita sebagai tonggak dalam apa pon  yang kita buat, kita tetap akan stop and stare, akan tegar menjadi seorang yang takkan pernah putus daripada apa yang dilakukan sekali pun. kerana apa?

kerana kita sentiasa  sedar, kehadiran Tuhan yang selalu menemani kita dalam ape pun yang kita buat.  Apabila kita sedar, hadirnya Tuhan mekar bercambah di dalam hati, segala isi kandungan dari pada tubuh, darah, anggota tubuh badan akan menjadi bala tentera untuk menggerakkan tiap kata hati yang berlandaskan al-Malik..

see? yang mustahil pun jadi tak mustahil kan?IInsyaAllah.. selamt berhari ahad kome!=.<

sumber: Sulaiman al-Kumayi




4 comments:

Anonymous said...

selamat hari ahad :) thnx share nie :)

ShahzCudin said...

btul..kejayaan akan dtg berdasarkan usaha yg kita lakukan disamping kebergantungan kpd Allah..

Kancil 8349 said...

semoga kita sentiasa mengingatinya selalu...

terima kasih kerana memberi pandangan dan komen terhadap segmen Kancil...apapun kancil dah tutup segmen nie atas sebab2 tertentu

kalau sudi jomlah ke blog kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-siapa-follower-anda_23.html

ctk said...

mengingati tuhan disetiap perlakuan kita...semoga tuhan memberkatinya :)