Bismillahirrahmanirrahim..
Big Trouble in a Little Kitten by ~ IrishRaine
sedangkan cantuman awan yang berombak lagi suci itu mampu meruntuhkan hujan,
apatah lagi
jiwa,
yang halus,
yang tidak mampu ternampak oleh mata kasar,
sudah termaktub kejadiannya sebati dengan air mata nya ~
Kadang-kadang, kita tak nampak pun orang tu sedih kan? hakikatnya dia sedang perit menelan duri-duri kehidupan dia, bercampur gaul lagi dengan hati yang kalau diikotkan, dah tak ada rupa hati gamaknya, mungkin daripada pepejal dah bertukar menjadi wap darah dah.. (errr.. macam terlalu hyperbola itu.. =.=)
sebab itu Tuhan itu selalu hadirkan diri kita dengan keluarga, kawan-kawan, tak kesah la, kawan yang nampak depan mata, atau pun kawan maya macam berbelog ni kan?
sebab Tuhan lebih tahu, hati dan jiwa yang haluss ini, takkan boleh gahnya die berdiri sensorang. Bak kata orang tu, "di sebalik kejayaan seorang lelaki tu, mesti ada seorang wanita yang menjadi pemangkin hidup nya.."
so, bila rasa jiwa tu dah tak tertanggung dek badan, cube untuk belajar MELUAHKAN KATA HATI. Cara nya macam mana?
Ini, bergantung kepada empunye diri tu sendiri. Cara yang paling mujarab nye, opkos la mengadakan sesi MELUAHKAN KATA HATI bersama Pencipta kita. NI memang tak dapat di sangkal lagi lah.. =]
Cara lain? sebab itulah datang tubuh ni dari Rahim ibu, dari tanah yang disebati kan dengan "air benih", yang datangnya dari ayah. Ibu dan ayah. Dua orang insan yang merupakan sebahagian dari jiwa kita. Sebab itu, gerak hati ibu selalu tepat dengan anak nya kan. Huh, cam mimi, ari ni demam, esok mak dah sampai sekolah dah, tak yah pakai tepon pon.. Sangat superb!
baru cakap "hello" dengan mak, dah nangis, sebab ape? sedikit kekusutan jiwa tu dah beransur pegi , segala kekusutan tu cakap, tata mimi!!, tata mumu!! i leave the the Mommy's hapinesss to u! =]
Cara lain-lain lagi? Tu, yang dok pi mai pi mai tang tu dok tengok wayang sesame, dok main futsal sesame, yesss! kawan! Kalau ase beraaaaaat jek, nak cite dengan ibu dan ayah, kawan tu lah kita jadikan ibu dan ayah. Dan kita pulak, jangan la pulak lupa diri. selalu ingat!!
GIVE and TAKE! Dah kita perlukan dia masa kita susah, so, kita pulak hadirkan diri kita untuk mereka, mase mereke tengah jiwa kacau.. ~ hepy tak? =]
pakwe ke makwe ke, pakwii ke mak wii ke, pon kawan kan? =]
Cara lain lain lain lagi? ha, kome pikio la sendiri ye, mimi nak solat maghrib sat.. heeeee =p
10 comments:
adanya seorang teman membuatkan kite lebih bahagia dengan kehidupan .
bnyk cara nak brjaya dan bahagia kan :D
slamat menunaikan solat maghrib :D
yup, bkongsi mslh dgn org yg paling rapat dgn kita mampu membuatkan kita lebih bahagia..:)
aku stuju dgn akak diana..mmg suami ngn isteri pon ada chmstry..
Salam. Tumpang promo ye. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis bag&tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!
Blog: http://lunashoppe.blogspot.com/
kena pndai pilih kawan..
banyak cara untuk meluahkan perasan, salah satunya ialah berbelog juge :)
Allah Maha Mendengar...
Makin mendalam tulisan akak. Payah juga naim untuk memahami. nasib naim budak sastera.
Bukan setakat hiperbola.Metafora+puitis semua ada..
LA THAZAN.
Pakwi makwi xtahan haha
Post a Comment