Bismillahirrahmanirrahim..
Basmallah pembuka bicara,
juga penyantun jiwa,
mulakan hari senyum tanpa kata,
insyaAllah barakah dari-Nya mengiringi kita.
holahop!
selamat pagi dunia!
weee huuu, moge kome ceria-ceria selalu berdamping bersama donut, nasi lemak teh o, dah ape2 la yang menceriakan hari kome.
Jom la tengok lessOn mimi untuk hari ni :
"sebenarnya apa yang mereka kerjakan itu menyebabkan kekotoran menyelubungi hati kita"
apa yang kamu dapat bile membaca dan menghayati ayat ni?
nak buat check list!
1) sebelum melakukan ape pun, apa kamu buat?
2) antara hati dan fikiran, yang mana kamu jadikan panduan?
okeh, jawapan tu tertakhluk kepada persepsi masing2. Lain orang, lain jenis otak nye, lain jenis hatinya lain lagi jenis pemikirannya.
Walau macam mana lain pun, masih kepada perkara yang sama. Kalau tak fikir, macam mana hati nak bereaksi. Apa yang hati cernakan hasil daripada tindak balas reseptor pemikiran yang dihantar dengan kurang dari sesaat terus sampai ke hati, dan hati pun mula berteka teki. ye dak?
apa yang nak ditekan kan sini, jadilah pemikiran yang Al-Qudus! apa Al-Qudus wahai teman? ya!!pandai, yang Maha Suci.
Sebab itu gejala yang sangat busuk ni asalannya bertapak dengan pemikiran yang busuk juga. Kerana pemikiran yang busuk ini dihasut dengan penuh titik2 kehitaman. Titik kehitaman ini akan bertambah dan membentuk kumpulan hitam yang sangat2 besar.
"kita berfikir dan kemudian merasakan sesuatu akibat ataupun hasil daripada pemikiran kita." ~ Dr.William James
Latihla otak dan akal berfikir dengan lebih suci lebih positif. Sapa yang keberuntungan? Diri sendiri jugak kan =]
Ya tuhan ku,
bimbinglah pemikiran ini,
jadikan hati kami bergerak selari dengan sifat Qudus Mu,
kurniakanlah akal ini suci dari busuk nanah yang tiada nilainya..
aminn.
hee..autoo posss sebab malas nak buka lappy pepaaaagiii =p
13 comments:
berfikir sebelu bertindak
dan seeloknya jgn terikut dgn emosi ketika buat sesuatu tindakan kan
Insya-Allah moga kita sentiasa beringat. kalau buat salah segera kembali cepat bertaubat...
beringt sblm lakukan sesuatu..
fikir dulu sebelum buat..tp kadang2 kita ni dah buat br fikir..ye dak?
sentiasa berhati2 n pikir keburukannya...sekarang ct dah menyesal..dulu memang ct buat pape tanpa berfikir..huhu
ya allah , bersihkan lah hati hamba mu ini daripada titik titik hitam .
lesson terbaik. suka lesson. sedarkan diri saya yang masih byk yg perlu diperbaiki lagi.
Ade plak mls nk bkak eh opah
begitu juga kalau nak bercakap, fikir dulu...
insyaAllah aminnnnn .... :)
aminnn.takutnya rasa, takut dah banyak dosa yg dilakukan.nauzubillah.
mudahan hidup kita ada panduan..kan.kan...kan..
setiap perkara buruk yg kite lakukan akan merosak kan hati je kan..so bertaubat lah..
Post a Comment