Monday, October 31, 2011

lessOn 110

Bismillahirrahmanirrahim..




pagi-pagi mesti bersin,
almaklum la peresdung tegar,
jangan la penin-penin,
jadikan senin ni penuh segar.


monink2! semuanyaaaaa =]
buat ape pagi2 ni..? Tengok kat FB semua malaaaasssssss bile isnin ye. kiki. Biaselah tukan. Jangan malas2 ye!. Buat senaman otot2 sikit meh. gelek2 pale, gelek2 pinggang, gelek2 hidung.

weeee, jom gelek dengar lessOn meh :



semua penah angan-angan kan? angan-angan tu, kalau di definasikan dengan lebih sedapnye, ber cita-cita.
Ya, pasti semua ada cita-cita kan?

Dr.Ibrahim Elfiky, pakar motivasi terkenal yang berasal dari Mesir kini menetap di Kanada, berkata dalam bukunya, Al-Mafatih al-Asyarah li an-Najah, impian mempunyai kekuatan luar biasa. Sebab apa? dengan cita-cita ini akan mendorong diri kita menjadi seorang yang bekerja keras!

Mak mimi selalu cakap, " ada rezeki nanti nak pegi Mekah. Kite kena adalah angan2, kalau tak de angan2, tak de keinginan, diri kita tak berusaha lah nak ke arah itu kan.."

Nampaknye, mak dah boleh jadi pakar motivasi juga. hehe. Tapi betul lah kan? Mungkin ada orang kata, angan-angan mat Jenin. Angan-angan itu hanya akan jadi mat jenin, kalau dah diri sendiri nak tirukk perangai Mat jenin. Dok rilek, goyang kaki, tapi nak itu ini kan.

Angan-angan tu, kenelah bekerjasama dengan keinginan dalam diri, kerjasama jugak dengan usaha yang selaras dengan angan-angan tu. al-Muhyi itu, yang Maha Menghidupkan itu, akan menghidupkan segala angan2 yang kita usahakan selama ini.

Ce baca ayat dalam surah Fussilat tu. Dia akan menjadi Penolong kita, dengan syarat, kita tolong agama DIa, DIa tolong kita. Itu Janji dia, yakinlah! kalau tidak di sini, pasti di akhirat kelak. =]

Mulekan angan-angan hari ini penuh dengan rasa al-Muhyi, pasti ada yang Menghidupkan, jika kita sendiri yang menghidupkan diri kita dengan rasa yakin kepada-Nya =]



14 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

CITA2 YUI??

EHEM2..*senyap..

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuhhu,,angan-angan dalam sedar huhuh

kura said...

yess. suka ayat mak akak mimi tu :)

anismelon said...

cita cita..angan angan..haruslah diiringi oleh usha..kalo tak..ape pon tak boleh..anis terignin..angan angan..nak g umrah..weee

a said...

angan2 mampu memangkin diri:)anyway awak, mya ada tag awak tau. sudilah2 menjawab untuk memeriahkan majlis =)

http://sweettedy.blogspot.com/2011/10/kena-tag-okay-fine.html

Qhaifa Nur said...

moga apa yang diangan2 itu menjadi realiti bukan fantasi...

Kakzakie Purvit said...

Setuju sangat dgn kata mimi. Mana ada org yg waras tak punya angan-angan atau cita-cita...

Mimi lagi mesti angan-angan tinggi kan..:)

Diana @ BKKC said...

akak skang sedang berangan-angan nak ada baby..boleh??

Unknown said...

Jgn sedih opah

takpe ade hikmahnye t

Muhammad Naim Abdullah said...

Assalamaualaikum

Sangat menarik akak..

Ilmu baru.

Faaein Talip Roy said...

sejak di sekolah rendah.. selalu angan-angan nak ada kamera besar sebiji.. berhari-hari berangan.. dan akhirnya Alhamdulillah.. angan-angan jadi kenyataan.. tahun lepas dapat beli sebijik.. hehehe.. ^^,

pernah juga berangan jadi engineer.. Alhamdulillah dapat jugak jadi walaupun kelulusan tak melayakkan lagi.. hehehe..

yang pasti.. angan-angan itu best.. sentiasa berdoa kepada-Nya kan.. inshaAllah DIA perkenankan.. ^^,

syakirahmn said...

angan-angan menjadi penggerak diri untuk mendapatkan angan-angan tersebut ;)

dan haruslah disulami dengan doa doa kepada Pencipta kita. insyaAllah, Allah itu Maha Mendengar :)

Wanie said...

berangan selagi boleh =) kalau ade rezeki tak ke mane kan..time sedih memang selalu pike macam tu je..

ctk said...

angan2 dengan usaha pasti mebOlehkan hasil...tiada yang nustahil :)