Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah yang tidak terhingga, ditemukan kite sekali lagi dengan sayyidul Ayyam ini.. Jumaat penuh barakah!
Jumaat mean : weekend menanti untuk berjimba!
hihihi.. seoonok je ye.. Koje ke, belajo ke senang ati jek bile jumpe jumaat ye.. Yang macam saya ni, hari-hari, hari jumaat..keke
Jom la tengok lessOn ari ni :
ha, okeh anak-anak Malaysia sume! bes tak hadis hari ini..? Bes kan? Hadis hari ini mengajar kita macam mana nak jadi warganegara SYURGA, ke warganegara NERAKA. so, sume atas pilihan anda ye =]
syarat-syarat menjadi warganegara SYURGA :
1) sifat peribadinya lemah dan dilemahkan. Macam mane nak beroleh sifat nih?
Dalam erti kate lain, deme ni golongan yang selalu orang tak sanjung, ataupun dipuji (ini mengikut Imam al-Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar)
sebahagian yang lain pulak cakap, "Boleh jadi kalimat lemah, bermakna: Hati yang lembut, halus dan tunduk kepada keimanan "
imam al-Syafi' pulak cakap : "lemah merupakan sifat manusia yang paling jelas. Sesiapa yang selalu menyedari sifat ini,dia akan beroleh istiqomah bersama Allah S.W.T "
sooo.. dapat tak point nye kat sini?
pointnye: Apabila sesorang itu mahu menjadi rakyat SYURGA kelak, dia sentiasa segar kan ingatan die, die seorang yang lemah. Apabila die seorang yang lemah, die sentiasa ingat, ape-ape yang die buat takkan menjadi melainkan mendapat kelulusan total dari Allah S.W.T
Makanya, rakyat yang bakal menduduki syurga ini selalu menjadi orang yang bertawaduk kepada-Nya =]
Ada paham? Baguuuusss, anak Malaysia semua..okeh, next we go to another part,
syarat-syarat menjadi warganegara NERAKA:
2) tak yah tengok jauh, tengok sahaja dari ucapannya, sungguh kasar. Cakap bungbangbungbang sampai mengejutkan pokok semalu yang asik malu je tu.. Uihh..dasat kan?
3) suke bertengkar? Pantang mengalah.. deme haje yang betoi, bagi la ape pon, eskem sebesar rumah pon, die juga nak betoi.. payah aihhhh..ingat!
"Manusia yang paling Allah benci adalah orang yang sangat kuat bertengkar." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4) ni lagi satu hal, sangat la sombong dan angkuh. Bila berjalan, jalanya ingin disegani.. Bila berkata, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas.. Nak lain dan lain, meminta untuk dihormati..
Disebalik 3 aspek ini, ada 1 perkara yang sama yang menjadikan terlahirlah 3 anak-anak ni.. Tawu dok ape? kekerasan hati.
Bile hati keras, sume pon keras. Bila lidah keras, mulelah nak melontarkan hamburan kata yang "sedap gile" untuk didengar. Bila mata keras, takkan sedikit pon air mata jatuh, sanggup melihat orang lain susah, asal diri senang.
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"janganlah terlalu banyak bicara selain menyebut nama Allah. Sebab mereka yang banyak bicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ilaha pemilik hati yang keras."
makanya, pilih la yang mana idaman kalbu, SYURGA atau NERAKA..
Wallahua'lam..
sumber: Solusi-35
15 comments:
bagus nih, tazkirah di pagi-pagi hari. sedang otak masih fresh!
nice :)
semoga kita tergolong dalam ahli ahli syurga, insha Allah ameen :)
tazkirah yg amat berguna ni..TQ ea..
semoga kita tergulung dalam golongan ahli syurga..insyaAllah :)
tenkssss sudi kongsi ilmu yg sangat berguna neh ^^
erm.. bnyk kne ubah dri ni :(
salam mimi...jadilah penghuni syurga yer n ikut nasihat yg diberikn....:)
p/s wah cantiknya bunga lily kat atas tu...header barulah...cun...:)
dah tentu syurga..kena patuh semua ajaranya..inshaallah
semoga kita tergolong untuk menjadi ahli syurga nanti..yang penting kena jaga amalan semasa hidup di dunia ni..amin...:D
Baik buruk kenalah pilih sendiri kerana akal sudah diberi ye dak?
nice entry...
nk apply warganegara syurga!!!
IA~~
yg ni aku baru jumpa..makaseh..
moga kite semua tergolong dalam golongan di syurga..amin...
trime kasih atas nasihat nie....ahli syurga org yang sentiasa merendahkan diri mereka dr golongan ahli neraka..nice sharing dear . semOga kita sama2 menjadi ahli syurga :)
insya allah..moh mimi, kite same2 berusaha utk dpt menjadi ahli syurga ^_^
saling2 mengingati..kekadang bila bz kita tlupa dgn apa yg telah kita fikirkan, tuturkan mahupun lakukan
Post a Comment