Saturday, October 8, 2011

lessOn 94

Bismillahirrahmanirrahim..





morning saturday! selamat hari sabtu kome!=.<
UDah bangun ke belom ni?hehe. Mimi pukol 6 pagi tadi dah ke pasoo..huu. Terang benderang. almaklum la..bumi borneo kan.. Cam tulah gaye.. sebelom berceloteh tak ketahuan hala, jom tengok lesson ari ni :







Semalam mimi cite cam mane nak mohon kewarganeragaan kat SYURGA dan NERAKA.. So ari ni, nak cite pulak macam mana nak membina rumah atau mahligai di SYURGA. Kenapa tak de kat neraka.. err.. asanye tak perlu nak bina rumah kat neraka kan.. Sebab ase semuanya takmo pi sana an?

So, cam mane nak bina RUMAH atau MAHLIGAI di SYURGA?

1) Kalau kat dunia, kita wajiiibbbbbb lagiii harusss memiliki modal, atau aset atau senang cite wang ringgit untuk memiliki umah kan? Tapi di SYURGA, kita hanya perlu soleh dan amal zikir yang kita lakukan kat dunia kalau nak bina rumah kat syurga lah.. Senang kan? =]

2) Apabila zikir tu terhenti, para malaikat yang bina rumah tu pon turut berhenti.. Bila ditanyakan kenapa deme benti keje, deme cakap, " Kami sedang menunggu 'BAHAN-BAHANYA' ".. So, jangan pututs zikir, nanti rumah kita tak siap, cam mane nak duduk kan?

3) Al-Tirmizi dan al-Nas'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Sesiapa yang membaca 'Subhanallah al-azim wa bihamdih', maka ditanamkan baginya pokok kurma disyurga." 
Huuuu..bayangkan kalo sehari 30 kali bace, kalo ari-ari, dah bape banyak pokok kurma dok menanti kite kat sane an? Subhanallah =]

4) Abu Hazim Salah bin Dinar berkata: "Barang-barang akhirat pada saat ini sangat murah! Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tak mampu dibeli." Betol dok? mAse sekarang ni, hanya dengan berzikir, dah berkoyan-koyan kita dapat kat sane kan? InsyaAllah.. 

Sampai ada satu kisah, Abdullah bin Ghalib yang tidak pernah berhenti sebut nama Allah.. Sampai saat die meninggal, tetibe ada keluar satu wangi-wangian dari pelbagai jenis wangian dari tanah kubur tersebut.. Malik bin Dinarambil sebahagian dari tanah tu, dan dimasukkan dalam kantung, Wangian tu masih lagi ada walau beberapa hari.. Subhallah..=]


Semoga dengan ingatan ini, menjadikan diri kita berhengat akan amanah kita, kewajipan kita! jangan meninggal dunia sebelom memastikan kita da kediaman yang selesa untuk menetap di sana..

Wallahua'lam..

sumber : SOlusi-36


19 comments:

Falling . said...

zikir~

Sunah Sakura said...

subhanallah..sangat mudah nak dapatkan rumah dan mahligai di syurga, tapi sangat berat manusia nak buat semua yang mudah2 tu.. *muhasabah bersama*

Unknown said...

kita sume kontraktor..kena usaha la nak wat bangunan kita seniri

maszull said...

salam mimi....perbanyakkn segala amalan semoga rumah yg diidamkan akan dapat dgn mudahnya...:)

yen(toka ziizokukuto) said...

lyly thankz coz share :)

ewanthology said...

tq

SoLy SoLicious said...

asas kena kuat dan teguh

The day we meet said...

nice..thanks for sharing..

salam kenal :)

Jue said...

Wah kol 6 dah bgn beb..aku msh tidoq lg hihihi. Kol 8 am br bgn sbb nak beli bekfest kat pasaq hihi

Eh thx sbb singgah blog wp aku kkdg miss entry ko *rs serba slh sbb cuti lama kan

Psl entry ko ni, wp aku non muslim. Pd pdgn general aku, tiap org ada tanggungjwb dlm agama masing2. Jalankanlah kewajipan spt yg dituntut slagi msh bnafas =)

Nasz said...

perkongsian ilmu yang sangat bagus.

MOHD NASER.com

fatin said...

dapat juge pengisian pagi ni.. ;)

[sutera kasih] said...

nice dear...dpt ilmu bermanfaat ptg2 cmni pegi blog aimi :)

yua said...

mengharapkan syurga...

Unknown said...

nice entri amalina...terima kasih mengingatkan sesama kita.

ada satu lagi cara untuk mendaptkan mahligai free di syurga iaitu mengutip kotoran yang ada di masjid...senangkan? betapa baiknya Allah pada kita...

snf said...

subhanallah..syukur ke hadrat Ilahi:-).nice entry salam blogger.

Zul fattah said...

INsyaAllah.. sam2lah kita amalkan.. :)

Memory said...

terima kasih... ilmu yang sangat berguna untuk diamalkan

NA said...

Tulah nak bina mahligai syurga mudah sebenarnya hanya dengan beribadah padaNya tapi tulah tak ramai nak buat termasuk Kak Wina yang lalai.

Terima kasih ingatkan.

-wina1979-

ctk said...

indahnya syurga dengan amalan kita..teringin nk g syurga..semOga amalanku diterima :)