Bismillahirrahmanirrahim..
Hamboooooihhhh, jenjalan kat 1 Borneo sampai lupe tanggungjawab ku terhadap cek Kerana Lily ni. Erk! tanggungjawab ke?Tanggungjawab jugaklah kan, sebab dah buat belog tapi tak menaip pape lagi untuk hari ni.. hee.. Maafkan mimi ye cik puan, Encik tuan semua =]
Shom tengok the new lessOn for today! :
Lihat sahaja kalimah dalam Bismillah, sudah tercatat ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahim (Maha Penyayang).
Dua kalimah yang seharusnya tersemat dalam jiwa kita, yang harus dijadikan sebagai Vitamin kepada Jiwa kita supaya menyedari akan Kasih dan sayang Allah itu sentiasa bersama kita.
Sifar ar-Rahman ini akan terus tidak akan hilang sedikit pun walau usia bumi semakin di mamah dengan keuzurannya . Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, " Pada hari Allah menciptakan belas kasih iaitu rahmatnya, Allah menciptakan 100 belas kasih dan menyimpan 99 daripadanya bagi diri-Nya sendiri. Dengan demikian, Dia hanya memberikan satu belas kasih sahaja kepada semua makhluk-Nya."
Nabi menambah, "Allah menciptakan 100 belas kasih pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya Dia menempatkan satu belas kasih di bumi. Dengan demikian, ibu akan menyayangi anaknya dan burung-burung serta haiwan-haiwan akan cenderung antara satu sama lain. Apabila hari kebangkitan tiba, Allah melengkapkan semua belas kasih itu."
Subhanallah! ternyata sifat Allah itu sudah ada dalam diri.. sedar tak kamu dan kamu, dan juga diri ku ini?
Pernah tak, kita terlintas di fikirn, tiap kali bangun pagi..Tidurnya kita semalam dengan penuh bersama permainan mimpi yang indah, aman damai, tambah pula jika ditemani dengan Hujan, bertambah lah indah tidur di malam hari itu.
Ditambah pula, rumah kita yang selamat daripada ancaman pencuri dan perompak. Lihat lah, sedarlah, itu tanda Kasih dan sayangnya Tuhan itu dalam memelihara kita dalam tidur..
Subhanallah..
kalimah ar-Rahman dan ar-Rahim inilah yang harus di teladani dalam hidup kita agar memiliki hati sentiasa tenang dan tenteram. Sesungguhnya, tiada lagi yang membahagiakan melainkan merasai kenikmatan ketenangan jiwa dan rohani ini.
Tiada kata yang mampu mengulas betapa besar kasih dan sayang-Nya DIa kepada kita.begitu besar zat Allah yang diberikan kepada kita. Antara mahu dan tidak. Andai tiada dicontohi sifat ini dalam diri, punahlah kesejahteraan, berlaku lah persengketaan, tindas menindas, tiada lagi sifat perikemanusiaan, yang Allah sudah sedia cipta dalam diri ini..
DIsaat jiwa merintih sayu, di saat jiwa meratapi kekecewaan hidup, di saat dihimpit kesempitan dalam serba kekurangan, disaat merasakan diri bagai dedaun kering yang berterbangan, sedarilah, sedar dan sedar, ada sesuatu yang tidak pernah hilang dari diri, ada sesuatu yang sentiasa disisi, menyelebungi kekelaman diri..hanya Dia, ya Rahman, ya Rahim.
DIsaat jiwa merintih sayu, di saat jiwa meratapi kekecewaan hidup, di saat dihimpit kesempitan dalam serba kekurangan, disaat merasakan diri bagai dedaun kering yang berterbangan, sedarilah, sedar dan sedar, ada sesuatu yang tidak pernah hilang dari diri, ada sesuatu yang sentiasa disisi, menyelebungi kekelaman diri..hanya Dia, ya Rahman, ya Rahim.
Tuhan,
jadikanlah aku perutusan kasih-Mu,
DImana ada kebencian,
biarkan aku menyebar debunga cinta-Mu.
Di mana ada hati terluka,
biarkan aku menjadi madunya.
DI mana ada kesangsian,
biarkan aku yang menyebarkan kepastian.
DI mana ada keputus asa an,
Biarkan aku menyebarkan kata-kata penguat,
DI mana ada kesedihan
Biarkan aku menjadi bahu buat menampung air mata itu..
15 comments:
memang besar kasih sayangNya pada kita.
sy sudah lama tak ke 1 Borneo
subhanAllah
puisi Tuhan kat bawah tu lebih kurang sama macam kata2 seseorang dalam entri segmen papa ben lama dulu... :)
Subhanallah...
Wahh bestnya g borneo
sy jarang bermimi, tapi bangun tetap bersyukur sebab masih diberi nikmat hidup
selalu ada rasa syukur...
sentiasalah bersyukur kpdNya
subhanallah..YA TUHAN.TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANGMU :)
salam alaik
Allah sangat sayang kepada kita..
Betol2 terlesson sbntar
Allah sentiasa memberi RahmatNya, BerkatNya lagi lagi kepada sesiapa yang sentiasa meminta RahmatNya dan berkatNya. insyaAllah :)
best nye pegi borneo
alhamdulillah...bersyukur sangat sebab masih diberi nikmat untuk hidup...:)
sentiasa la ingat kepadaNya...
kita sering lupa Allah
tapi Allah tak pernah lupa kita :)
sentiasa berprasangka baik dengan ujian tuhan :)
Post a Comment